Kahwin Awal dan Persoalannya
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin
awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu
menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1.
Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa
cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu.
Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara.
Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong
kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi
satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab
dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan
untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik
bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai
contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2.
Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau
belum ada kerja?
Saya
tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam
dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini
jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan
wang yang asas tu.
Jadi,
sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu
kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada
berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada
wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua
masih dapat hidup.Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai
emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya
tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba
kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada
mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan
makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk
dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan
jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya
menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)
3.
Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa
perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik
dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi
hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad
nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang
dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi,
jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju
pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia
termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu
tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah.
Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh
ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4.
Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau
rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin
meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak
daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang
perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak
bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba
bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan
benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan
perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah
maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang
halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan
perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5.
Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini
soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan
asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau
penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau
bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek
kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri
sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah
perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan
sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin
dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang
bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6.
Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya,
ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang
paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu
bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih
terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang
lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah
tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di
atas.
Apa-apa
pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal
supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin
kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu
rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal.
Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat
saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu,
sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal
berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga.
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan
dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)