Showing posts with label romantik. Show all posts
Showing posts with label romantik. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

[Tips] 19 Tips Romantik Spontan Untuk Suami Isteri

❤ 19 Tips Romantik Spontan Untuk Suami Isteri ❤



Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Ini kerana kita tak terus amalkan, membuatkan masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada sedikit tips untuk anda suami isteri. Kepada yang tak pernah buat atau dah lama tinggalkan bolehlah di cuba kembali.

1♥. CUIT-CUIT

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak ? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nanya namanya.

2♥. KENYIT MATA

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini.
Responnya juga pasti menggembirakan hati anda.

3♥. MEMEGANG TANGANNYA

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pura-puralah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda.

4♥. MANDI TANPA TUTUP RAPAT PINTU BILIK AIR

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.

Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5♥. OPS, MAAF TERPEGANG

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan kononnya tersentuh. Cara ini agak sudah basi tapi tiada salahnya asal anda bahagia. Kalau cuma anda berdua di kereta misalnya, seronok juga menyakat nak masuk gear, ops terpegang tangan.

6♥. URUT-MENGURUT

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen
atau semasa berbual-bual.

7♥. USIK MELALUI TELEFON

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Buat seperti tersalah nombor. Lepas itu, usiklah dia biar dia marah. Bila sudah sampai di kemuncak perbualan dan si dia memang sudah marah, anda perkenalkanlah diri. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8♥. SUAPKAN MAKANAN

Bukan cuma anak-anak mau disuap. Si dia pun sekali sekala mau juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9♥. BETUL-BETULKAN RAMBUTNYA

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah! romantiknya.

10♥. JALAN MACAM ITIK PULANG PETANG

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia ? Apa kata, cuba ubah cara korang berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11♥. EH…TUALA TERLEPAS

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.

12♥. JELING-JELING

Kalau tenung lama-lama nanti si dia marah. Dalam masa yang sama, si dia tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati si dia sebaliknya menambat hatinya, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.

13♥. GESEL BADAN

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.

14♥. CUBIT-CUBITAN

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nanya jadinya.

15♥. HEMBUSAN LEMBUT DI TELINGA

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

16♥. CIUMAN DI DAHI

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, lakukanlah taktik ini dan anda akan dapat rasa sendiri perubahannya.

17♥. SEMBUR WANGIAN PADA BILIK

Rumah adalah syurga keluarga. Oleh itu pastikanlah rumah anda sentiasa bersih dan wangi agar tiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda akan tenang. Bila sudah tenang, segalanya akan terasa lebih mudah.

18♥. TOLONG BETULKAN BAJU

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

19♥. BISIKKAN KATA ROMANTIK PADA TELINGANYA

Bisikkan pada telinganya pada mood yang sesuai. Mesti dia akan tersenyum lebar. Cara ini memang spontan dan seronok dilakukan, tapi ada tapinya, jangan dilakukan selalu. Ia hanya boleh dilakukan SEKALI- SEKALA sahaja baru ada auranya.

❤♡ SELAMAT MENCUBA ❤♡

Thursday, April 19, 2012

[Kisah Rasulullah SAW] Romantiknya Rasulullah SAW!

[Kisah Rasulullah SAW] Romantiknya Rasulullah SAW!


Baginda Rasulullah sangat romantis bila bercinta dengan isteri-isterinya. Disebutkan dalam satu kisah:


Pada suatu hari isteri-isteri Rasullullah berkumpul di hadapan beliau. Mereka berbincang-bincang santai, sampai akhirnya diantara isteri-isterinya itu bertanya pada Rasulullah saw “siapakah diantara isteri-isteri baginda yang paling baginda cintai?”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “baiklah, akan kuberitahu nanti.”

Setelah pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan cincin kepada isterinya, satu persatu. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepadaisteri-isterinya yang lain.
Pada hari yang lain mereka berkumpul lagi, dan ternyata mereka mempertanyakan hal yang sama: “baginda, siapakah diantara isteri-isteri baginda yang paling baginda sayangi?”.
Rasulullah tersenyum, lantas menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas karena menyangka hanya dirinya saja yang dihadiahi cincin dan hanya dirinya yang tidak diasingkan.

***

Banyak upaya dan trik-trik yang dapat dilakukan untuk memperoleh suasana romantik dalam kehidupan rumah tangga. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah, sekalipun ketika di dalam rumah. Bahkan acapkali beliau memotong kuku isterinya, (maaf) mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi pelesir untuk menambah kasih sayang. Sebelum piknik, Rasulullah melakukan ‘tabadul hadaya’ (tukar hadiah) bersama isteri-isterinya.
Inilah serba sedikit kisah romantis Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan rumahtangga kita. Pada suami-suami yang arif, peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa, dan setiap saat. Begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda, agar terhapus segala dosa.

[Romantik] Rasulullah SAW Juga Berbaring Di Atas Riba Isteri?

[Romantik] Rasulullah SAW Juga Berbaring Di Atas Riba Isteri?



Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya.
Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala Baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan Nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala Baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma’bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid. Wallhu'alam