Saturday, December 17, 2011

Cinta: Kisah Si Jejaka dan Si Gadis

Kisah Si Jejaka dan Si Gadis

Suatu hari si jejaka memberanikan diri menegur si gadis yang sudah lama diperhatikannya. Si gadis yang lemah-lembut lakunya, manis elok tutur bibirnya, sopan santun budi pekertinya, cantik manis paras rupanya, tertutup kemas saduran hijabnya.
Si Jejaka:Emm... awak, boleh berkenalan, dah lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam...Emm, maaf! Saya *hamba ALLAH* (dengan nada menggelabah). Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan siapa-siapa…

Si Jejaka: Boleh tak kita berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta. Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati ayah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalui family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah. Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak. Mencintai tidak semestinya memiliki. Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:terima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam...♥♥  awak, saya pegang kata-kata awak ini. Jika memang tersurat untuk kita bertemu, saya akan cari awak suatu masa apabila saya sudah bersedia kelak!
Si gadis:Ya, saya berpegang dengan kata-kata saya tadi. (Dengan hati yang mula menguntum riang, sedang hatinya mula tertarik pada si jejaka yang sebenarnya dia juga perhatikan; elok kemas paras rupa, baik pula akhlaknya)
***
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Si Jejaka tersebut masih memegang kata-kata Si Gadis sewaktu pertemuan mereka kali pertama. Si jejaka kini sudah bekerja dan sudah mula menyimpan sejak 3 tahun yang lalu, iaitu semenjak pertemuan si jejaka dengan si gadis buat kali pertama itu.
Akhirnya si jejaka itu pun berjumpa dengan kedua-dua orang tua si gadis tersebut bertujuan bertanyakan khabar si gadis tersebut sambil menanyakan si gadis sudah berpunya atau tidak. Si jejaka menceritakan kisah pertemuan mereka 3 tahun yang lalu. Ayah si gadis tersebut hanya tersenyum seraya berkata: “Anak, puteri pakcik, Siti Aisyah pernah menceritakan kisah kamu berdua ini 3 tahun yang lalu. Selepas dia menceritakan kepada pakcik, pakcik terus lakukan Solat Istikharah. Malam itu pakcik bermimpi dan terbayangkan wajah seseorang. Walaupun pakcik tidak kenal siapa orangnya, tapi pakcik cam wajahnya. Pakcik yakin, Allah SAW berikan petunjuk dan panduan buat pakcik.”
“Anak, pakcik tak sangka pakcik akan bertemu kamu hari ini!”
“Mengapa pakcik?”, soal si jejaka.
Lantas pakcik itu menjawab, “Kamulah yang berada dalam mimpi pakcik 3 tahun yang lalu! Dan pakcik juga ternanti-nanti siapakah gerangannya yang hadir dalam mimpi pakcik. Pakcik dengan rasa terharu menerima pinangan anak bagi pihak puteri pakcik, Siti Aisyah...”
Si gadis yang tidak sengaja mendengar perbualan ayahnya tersenyum sipu dan hatinya berbunga-bunga. Lama dia menanti saat itu...


*Wahai Srikandi...
KETEGASANMU umpama BENTENG NEGARA & AGAMA, dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya, wahai PUTERIKU SAYANG..kau bunga terpelihara..mahligai Syurga itulah tempatnya...*

Hasil nukilan,
Persatuan Penulis Johor

Apakah Makna Cinta?


► Jika mencintai itu indah mengapa harus ada air mata
► Jika mencintai itu menyakitkan kenapa harus ada tawa,
► dimana letak kasih sayang jika tiada keikhlasan,
► dimana letak kehidupan jika tiada perasaan,
► cinta tanpa iman tak lebih pengkhianat rasa,
► cinta tanpa taqwa adalah permulaan satu kehancuran,
► waspada dengan cinta kerana cinta itu buta,
► tiada satupun cinta yang abadi kecuali cinta kepada sang Pencipta

Seloka Cinta: Di Kala Saling Merindu...



Di Saat Saya Ingin Bermesej .,. Awak Pulak Nak Tido .,.
Di Saat Saya Ingin Berjumpe .,. Awak Pulak Takde Duit .,.
Di Saat Saya Ingin jujur .,. Awak Pulak Tak Percaye ..
Di Saat Saya Ingin Keluar .,. Awak Pulak Membebel Tak kasi Keluar .,.
Di Saat Saya Sakit .,. Awak Pulak Yang Over Risau .,.
Di Saat Saya Merajuk .,. Awak Pulak Beria2 Nak Pujuk .,.
Di Saat Saya Ingin Pergi .,. Awak Pulak Yang Sedih .,.
Di Saat Saya Tiada .,. Awak Pulak Yang Mengalir Air Mata .,.
Di Saat Itu Lah .,. Awak Dan Saya Saling Merindu .,.

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita.

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita.


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Bertemu kita lagi dalam post kali ini.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
 Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, December 16, 2011

Hadis Rasulullah SAW Tentang Menghormati Tetangga

Dari Abu Syuraih bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Demi Allah, tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman." Ditanyakan kepada beliau "Siapa yang tidak beriman wahai Rasulullah?" beliau bersabda: "Yaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya."(HR.Bukhari : 6016)
 
Begitulah peri pentingnya kita saling menghormati sesama jiran tetangga! Semoga diri Admin dan para pembaca terkesan dengan maksud Hadis ini. InsyaAllah.

Lagu: Baik-Baik Sayang [Wali Band]

Lagu: Baik-Baik Sayang [Wali Band]

Hadis Rasulullah SAW Tentang Bersyukur

"Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim)

20 Tips Untuk Murah Rezeki

20 Tips Untuk Murah Rezeki

Assalamualaikum salam muhibbah dari Hamka. Apa khabar kalian para pembaca sekalian? Dalam artikel kali ini Hamka ingin kongsikan 20 Tips Untuk Murah Rezeki. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.) 
Sedekah juga akan menyuburkan lagi rezeki yang diperolehi. Dengan bersedekah, harta yang diperolehi umpama sebuah pohon yang tumbuh segar dan mekar tanpa kerosakan. Jangan risau, Allah SAW akan melipatgandakan rezeki buat pemberi sedekah, dan janganlah kita risau kerana bersedekah tidak akan mengurangi walau sedikit pun rezeki kita, malahan akan bertambah.

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian dahulu post kali ini. Bertemu di lain post ya. Wassalam


Setai kami di Facebook >>> TipsPerkahwinan <<<


Petua Mengetatkan Faraj

Petua Mengetatkan Faraj

Hubungan intim antara suami isteri adalah salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga. Keupayaan suami dan isteri untuk memberikan kepuasan seks kepada pasangan masing-masing amat penting. Keupayaan ini berkait rapat dengan kondisi alat kelamin. Vagina yang ketat dapat memberikan lebih kepuasan bukan sahaja kepada suami tetapi isteri itu sendiri. Bagaimana untuk mendapatkan vagina yang ketat, terutamanya untuk wanita yang telah melahirkan anak? Di bawah ada beberapa petua yang boleh anda ikut.

1. Manjakani

Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari. Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu. Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.

2. Latihan Kemutan Faraj.

Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi. Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.

3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda

Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.
Ok, selamat mencuba! (^_^)


Info: Hukum Menjilat Kemaluan Isteri

Info: Hukum Menjilat Kemaluan Isteri

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Selamat bertemu kembali. Kali ini Hamka akan menceritakan serba sedikit hukum menjilat kemaluan isteri. Dalam kes seperti ini, para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.

Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

1.Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam.

2.Yang mengharamkan:

Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.

Pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.

Seorang ilmuan Islam, Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan.
Wallahu’alam. Sekian dahulu post untuk kali ini. Moga bertemu lagi di post seterusnya. InsyaAllah

Sertai kami di Facebook >>> TipsPerkahwinan <<<


Kredit: TSI

Thursday, December 15, 2011

Senda Gurau: CINTA vs KENTUT!

CINTA vs KENTUT?

VS






CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana. CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega. CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya. CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau. CINTA... itu halus, KENTUT itu virus. CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang. CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!” KENTUT didepan banyak orang, “Sial, monyet mane yg kentut?…!” CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari: Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?” Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? ngaku cepat…?!!!” CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai. CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi!


Madah cinta masa kini! Hehe..Saje je Admin kongsikan sketsa ni..=) Sharelah kat rakan-rakan!

Hubungan Intim Waktu Pagi?

Hubungan Intim Waktu Pagi?



Salah satu kebanyakan perbezaan antara lelaki dan wanita adalah lelaki suka melakukan seks diwaktu pagi, sementara wanita suka menyimpannya untuk waktu malam. Ini adalah disebabkan lelaki mengalami ‘nocturnal penile tumescence’ (NPT). Maknanya ialah,lelaki semasa waktu tidurnya, mengalami tiga ke lima kali eraksi terpacak (zakar).

Kami menggelarnya sebagai “kemegahan pagi”. Apa jua gelaran yang diberi, bangun pagi dalam keadaan terpacak adalah alasan yang bagus untuk untuk memulakan tindakan waktu pagi. Yang kurang bernasib baiknya, keinginan seks adalah kurang bagi wanita pada saat membuka matanya.

Tetapi, jika anda pandai memujuk sidia, kemungkinan besar sidia akan merelakannya.

Seks di kamar mandi

Bersiap sedia pada malam sebelumnya
Jika anda ada merancang tidak mahu untuk bangun pagi selagi tidak melakukan seks, anda perlu buat persediaan awal sebelum masuk tidur pada malam tersebut. Simpan sedikit ‘mint’ penyegar bau mulut berdekatan dengan anda supaya anda boleh mengelakkan “bau naga” dari mulut anda pada waktu pagi.Juga pastikan anda pergi ke tandas sebelum tidur supaya pada keesokkan paginya anda tidak merosakkan sendiri rancangan anda kerana anda terpaksa juga bangun dari tempat tidur. Jangan juga lupa kondom disimpan sekali dan senang dicapai.

Setkan Alarm untuk anda seorang

Ia adalah penting untuk bangun awal sebelum ada antara anda berdua bergegas untuk bekerja. Oleh itu, set alarm anda untuk membangunkan diri anda, dengan ini anda mempunyai masa yang cukup untuk memulakan hari anda.

Adalah lebih bagus jika anda bangun lebih awal dari sidia, supaya anda boleh melakukan pergerakan merangsang secara perlahan-lahan semasa sidia tidur.

Saling berpelukan semasa tidur

Secara perlahan kejut si dia. Si dia memang tidak mahu dikejutkan secara tergesa-gesa dengan lambaian zakar anda yang terpacak dimukanya. Jadi anda perlu rileks, sentuhnya dengan lembut dan perlahan. Berikan ciuman disekitar muka dan tubuh sidia. Biarkan jari anda bermain degang rambutnya. Tindakan ini boleh memastikan sidia bangun dalam keadaan posotif, ‘mood’ yang baik dan gambaran sidia gembira melakukannya.

Buatkan sidia rasa seksi

Wanita anda mungkin berasa tidak seksi ketika dia bangun dari tidur, jadi untuk membuatkan sidia dalam ‘mood’, pastikan anda memuji kecantikannya – walaupun dia dalam keadaan berserabut pada ketika itu. Abaikan kesusutan rambut, kesan bantal pada muka, bau mulutnya, dan beritahu betapa anda mahukan dia.
Jika sukar untuk memuji sidia dalam keadaan bersemuka pada waktu itu, cuba gunakan posisi yang baik untuk menyatakan kata-kata itu tanpa bersemuka. Berbisik dibelakangnya adalah dianggap romantik, di mana ia juga menghindarkan anda dari kesengsaraan bau nafas pagi.

>>> TipsPerkahwinan <<< di Facebook!

Kredit : TanyaLelaki

Tips: Amalan Sehari-hari (Untuk Diri Sendiri dan Anak-Anak)

Assalamualaikum dan salam muhibbah. Post kali ini akan berkisar tentang Tatacara Amalan Seharian kita. Termasuklah untuk diri sendiri dan anak-anak.



TATACARA MAKAN & MINUM

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha kearah itu (ada semangat) dikeesokan harinya.
3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut Sunnah dan dapat pahala dan juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.
4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.
5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg tengah study (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

TATACARA DI BILIK AIR

1.Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar.

TATACARA DIDIK ANAK

1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung(yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan berkembang dengan baik.
2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif or hyper-aktif, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

1.Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and kalau tidak, ilmu itu akan mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia:-


BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

***************************************************************************************************
Dapatkan lebih tips-tips menarik dan sertai kami di Facebook >> tipsperkahwinan <<

63 Tips Untuk Menjadi Suami Mithali

63 Tips Untuk Menjadi Suami Mithali

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Apa khabar para pembaca sekalian? Dalam post kali ini Admin mahu kongsikan tips-tips yang boleh dipraktikkan oleh para suami dalam usaha menjadi suami yang terbaik dan mithali, baik kepada isterinya mahupun kepada keluarganya. Ayuh, sama-sama kita cuba amalkan:
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda.

Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.

Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.

Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.

Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.

Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis.

Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga.

Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.

Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.

Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.

Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.

Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

Sekian untuk post kali ini. Selamat bertemu kembali.

***

Sertai kami di Facebook untuk dapatkan lebih tips kebahagiaan rumahtangga
>>> TipsPerkahwinan <<<