Sunday, April 22, 2012

[Perhubungan] Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

[Perhubungan] Tanda-Tanda Lelaki Merajuk



Mustahil ada orang merajuk tiada bersebab. Barangkali kita sahaja yang tidak tahu sebabnya. Penyakit merajuk tidak kenal gender atau usia. Lelaki dan wanita sama sahaja kerana kedua-duanya pandai merajuk. Siapa kata lelaki tidak pandai merajuk ? Lelaki pun ada perasaan dan sensitiviti seperti perempuan. Cuma lelaki lebih bijak apabila merajuk kerana dia tahu tiada siapa yang akan memujuk. 

Apakah tanda-tanda lelaki itu merajuk ?..jom baca entri ni..

⊹⊱ DIAM SERIBU BAHASA

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sahlah tu dia merajuk dengan kita.

⊹⊱ BUAT TAK TAHU

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar ( pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

⊹⊱ MENOLAK UNTUK MAKAN BERSAMA

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi”
(Walhal perut lapar..nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan)

⊹⊱ MASAM MUKA

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je !
(Amik hanger, gantung kat muncung dia)

⊹⊱ MATIKAN TELEFON BIMBIT

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat..Alaa, bila dah rindu call juga akhirnya!

⊹⊱ HISAP ROKOK (Amalan yang tidak elok!!!)

Macam tak pernah dapat rokok setahun..kalau sebelum ni, sebatang rokok dia akan amik masa yang lama untuk habiskan. Tapi nak menunjukkan keprotesan dia, satu kotak leh abih dalam masa sejam. Ermm..da tak sayang nyawa agaknya.

⊹⊱ BACA SURAT KHABAR

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

⊹⊱ MENONTON TELEVISYEN HINGGA LEWAT MALAM

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka
beb!

⊹⊱ KELUAR RUMAH TANPA BERITAHU 
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat tak tahu sahaja!

Penyakit merajuk ini kalau tidak pandai memujuk, meleret-leret jadinya. Malah berpanjangan sampai beberapa hari. Memujuk juga kena ada cara dan gaya kerana silap-silap akan bertukar menjadi pertengkaran. Malah apabila selalu dipujuk, maksudnya setiap kali dia merajuk, kita memujuk, lama-lama dia naik tocang. Silap sikit, merajuk. Tidak kena sikit, tarik muka masam. Salah sikit, memuncung. Boleh pengsan kita dibuatnya.

Kepada wanita, cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda.



by Rossita Zakaria

No comments:

Post a Comment