Friday, February 10, 2012

[Info] 12 BARISAN DI AKHIRAT

12 BARISAN DI AKHIRAT!



AGAK AGAK KITA BARIS YANG MANA??.. ALLAHU AKBAR...
Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika SAHABAT SEKALIAN mahukan kemesraan dengan Allah, maka GARANGLAH terhadap dirimu sendiri. Jika SAHABAT SEKALIAN merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah KALIAN betapa peritnya berpisah denganNya
 
 

HARAM MENYAMBUT HARI VALENTINE!

PENJELASAN JAKIM TENTANG HARI VALENTINE!

"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 
"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. 
"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.
Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.
Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

Meletakkan Anak Patung Bawah Kereta Amalan Syirik?

Meletakkan Anak Patung Bawah Kereta Amalan Syirik?



Assalamualaikum dan salam muhibbah! Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh mereka yang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:

"Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud:

“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar ia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa Syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam


[Info] Mengapa Kita Mesti Senyum?

[Info] Mengapa Kita Mesti Senyum?



Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Dalam post kali ini Admin akan kongsikan tentang kepentingan senyuman. Dengan senyuman yang ikhlas, ia dapat melembutkan dan menjernihkan hati orang yang melihatnya!

Menurut Hadith Rasulullah SAW,

“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi)

Kita semua pernah tersenyumkan.. Saat kita melemparkan senyum kepada saudara kita, dia pun membalas dengan senyuman. Dan ketika saudara kita tersenyum kepada kita, kita juga membalas senyumnya. Terasa damai hidup ini jika hari-hari terlalui dengan senyuman.....

Dari segi kesihatan, telah terbukti secara ilmiah bahawa senyum boleh menurunkan tekanan darah, meningkatkan immunisasi tubuh, dan dapat menghilangkan stres. Tidak hairanlah, jika Nabi SAW adalah orang yang sangat sihat, kerana beliau adalah yang murah senyuman dalam interaksinya bersama keluarga dan para sahabat.

Senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)

[Islamik] 21 Ciri-ciri Orang Mukmin



21 Ciri-ciri Orang Mukmin adalah:

1. orang istiqomah dengan agamanya
2. tegas dalam kelembutan
3. iman dalam keyakinan
4. haus akan ilmu pengetahuan
5. bijaksana dalam kelemahlembutan
6. kasih sayang dalam kecintaan
7. melakukan istiqamah dalam kebaikan
8. sederhana dalam kekayaan
9. menghias diri dalam kesusahan
10. membebaskan diri dari rasa tamak
11. mencari rezeki yang halal
12. sungguh-sungguh dalam petunjuk (kebenaran)
13. menahan diri dari keinginan
14. kasih sayang terhadap orang susah
15. tidak berbuat dzalim terhadap orang yang membencinya
16. tidak mengkhianati orang yang mencintainya
17. tidak mengabaikan apa yang telah dititipkan kepadanya
18. tidak memiliki sifat iri
19. tidak mudah mencela
20. dikala susah selalu bersabar
21. dikala senang selalu bersyukur

Semoga kita semua selalu mendapatkan Rahmat dan Hidayah Allah dan selalu ditetapkan hati dalam Beriman dan Bertaqwa kepada-Nya … amin ya Robbal ‘Alamin

Dapatkan Tips Kebahagiaan di >>> TipsPerkahwinan <<<

[Jodoh] MENGAPA KITA LAMBAT BERTEMU JODOH???

♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ♥♫♥

✿♥ MENGAPA KITA LAMBAT BERTEMU JODOH..?? ♥✿


Artikel oleh: Rossita Zakaria

Mengapa kita lambat bertemu jodoh ? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga bermanfaat.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh ? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan :

1♥•. USAHA BELUM SEMPURNA

“Usaha sudah di buat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh ?

Di mana silapnya ?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2♥•. BELUM BENAR-BENAR BERSEDIA

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam nak jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri ? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3♥•. TIADA DAYA PENARIK

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4♥•. DOA TIDAK MAKBUL

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman :
“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh ? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5.♥• RESTU IBU BAPA BELUM TOTAL

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu ibu bapa tidak total. Ibu bapa masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga ?’

Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

6♥•. FAKTOR METAFIZIKAL

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


Tambahan: Doa Pendekat Jodoh


Berikut adalah doa yang boleh diamalkan bagi sesiapa yang masih belum bertemu jodoh. Semoga jodoh kalian akan sampai dan semoga mendapat pasangan yang baik (soleh atau solehah), insyaAllah. Sekian dahulu post untuk kali ini. Moga bertemu lagi! =)

Dapatkan tips-tips kebahagiaan rumahtangga di >>> TipsPerkahwinan <<<


[Kasih Ibu] KALAU ANDA SAYANGKAN IBU ANDA, BACALAH!

KALAU ANDA SAYANGKAN IBU ANDA, BACALAH!




Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan orang kata, memang betul pun)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .

Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Tapi...
Bila aku sudah ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut ulangtahun perkahwinan , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !


Renungkan ini pula:

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada!!!

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Baca Ini Pula!

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
                              Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
                   Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis

"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Jika kamu menyayangi ibumu , sharekanlah artikel ini kepada sahabat sahabat anda ataupun ahli keluarga anda. Saya sayang IBU saya !!

Luangkanlah sedikit masa untuk ibu dan bapa anda! Mereka hanya inginkan curahan kasih sayang mereka terbalas dan berbaktilah kepada kedua-dua mereka selagi mereka masih bernyawa! :')


Jangan Bersedih (La Tahzan)

Jangan Bersedih : La Tahzan




:: jgn bersedih, jika tiada seorang pun yg membantu anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menyakiti anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menghina anda..
:: jgn bersedih, jika anda di timpa masalah & musibah..
:: jgn bersedih, jika anda rasa kesunyian..
:: jgn bersedih, jika orang yg anda sayang telah tinggalkan anda..
:: jgn bersedih, jika sesuatu perkara membuat anda rasa gelisah..

~ Allah telah berfirman dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya... la tahzan, sentiasa ingatlah akan pencipta kita selalu... (^_^)Y



Kredit: Tuan Mazz Alwi

Oh! Indahnya Islam: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma

Oh! Indahnya Islam: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat ber...

‎[Islamik] 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

‎[Islamik] 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Jangan Buat Ini Pada Wanita!

Jangan Buat Ini Pada Wanita!



♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti...
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...

♥ Pesanan Ustaz Idrus Kepada Lelaki ♥

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda

[Info] Rancang Perkahwinan Anda: Elakkan Berlebihan Dalam Perbelanjaan Majlis Kahwin Anda!

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda: Assalamualaikum & Salam Sejahtera. (^_^)Y Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan Dalam Masa Terdekat Ini? Terlebih dahulu HAMKA ucapkan tah...

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: HAMKA

Berkenalan Dengan Admin:

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: HAMKA: HAMKA a.k.a Admin@HasrynAzzuar.Com: Juga dikenali sebagai Master Hasryn H asryn A zzuar M ohd K hairy A lHaj [HAMKA] Blogger, Motivator...