Sunday, April 22, 2012

ERTI SETIA DALAM PERHUBUNGAN

ERTI SETIA DALAM PERHUBUNGAN



Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita ?

Di sebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku di masa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu di hati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya ? Tidakkah ia sama dengan penipuan ?

Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagia pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan..

Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan..Tawakal dan Redhalah.

SEMASA BERCINTA :

1♥# Saat cinta itu bertaut memang mengasyikkan.. tapi jangan leka dan terbuai dengan perasaan itu..kerna bila kecewa parah jadinya..simpan sedikit untuk meniti hari-hari yang hambar..agar lukanya tidak terlampau dalam.

2♥# Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.

SEBELUM BERPISAH :

1♥# Jika mengail ikan, janganlah dilepaskan ikan tersebut kerana sepanjang hidupnya akan merana kerana bisa kail anda.

2♥# Mencintai orang yang tidak cintai kita itu sia-sia, mensia-siakan orang yang mencintai kita adalah bahaya.

SELEPAS BERPISAH :

1♥# Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.

2♥# Dengan memaafkan dan melupakan kisah silam itu, kamu akan dapat mengecapi kebahagiaan yang selama ini kamu lari darinya…

YANG TERAKHIR DARI SAYA :

## Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kamu memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana, sekali kamu dilukai, sampai bila-bila tetap kamu ingati..

Pesanlah lagi pada diri, berhati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.



by Rossita Zakaria

No comments:

Post a Comment