Saturday, February 4, 2012

[Info] Kaedah Berbengkung dan Pantang Larangnya

Kaedah Berbengkung dan Pantang Larangnya



Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu.
Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama. 

Dimanakah mendapatkan bengkung? 

Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Kini, anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu.

Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
·      1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
·      2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
·      3. Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.

Pemakaian sempurna 

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
·      Lapitlah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
·      Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
·      Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Faedah berbengkung 

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar."

Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
·      mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
·      melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
·      mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
·      menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
·      memecahkan lemak dan selulit;
·      mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

Sekian dahulu post untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat para pembaca sekalian. Moga bertemu lagi. Wassalam.

Fanpage kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<

[Muhasabah] Allah SWT Tempat Mengadu

[Muhasabah] Allah SWT Tempat Mengadu



~♥✿.¸¸.•´✿◕

''Jika sendiri janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.
Jika sedih janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.
Jika susah janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
Ingatlah ALLAH selalu,Serta ukirlah NamaNya dihatimu''

 ~♥✿.¸¸.•´✿◕

[Sunnah] CARA MELAYAN WANITA MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW✦

✦ CARA MELAYAN WANITA MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW✦



Rasulullah salallaahu alaihi wasalam bersabda;

"Perlakukanlah wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan seketika, niscaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya, maka ia pun akan selalu dalam keadaan bengkok. Maka, perlakukanlah wanita dengan penuh kebajikan."
[HR. Bukhari 4787]

SubhanAllah, betapa Islam mengajarkan untuk memuliakan wanita dengan segala kekurangannya... ♥

Terus dapatkan tips kebahagiaan bersama kami >> TipsPerkahwinan << di Facebook




[Fakta] Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kita Minum Sambil Berdiri?

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???


Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan kita.

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal atau lebih dikenali sebagai batu karang!

SubhanAllah, setiap perintah dan larangan Allah dan RasulNya pasti bermanfaat bagi umatnya!


Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK dan KURANGKAN MEMINUM AIR MANIS!

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung
p/s: Nasihat buat semua dan diri Admin sendiri. Sebab kadang-kadang kalau dah terlalu dahaga, kita terlajak minum berdiri kan? Jom sama-sama kita perbaikinya. =)

[Islamik] Tutup Aurat Bukan Kerana Orang Lain!

[Islamik] Tutup Aurat Bukan Kerana Orang Lain!



MARSHA: "Alah, Buat apa saya nak pakai tudung, tengok perangai budak bertudung pun teruk, buat maksiat jugak".

MAYA: "Benar, ana tak nafikan. Tapi anti kena faham, tiada konsep dosa warisan dalam Islam. Kalau anti bertudung, anti buat baik, anti dapat pahala atas amalan anti. Kalau kawan anti bertudung, dia buat maksiat dia akan dapat dosa atas amalan dia.
Dosa-dosa yang dia buat takkan ditanggung oleh anti.

Allah SWT berfirman:

“Bahawa seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.” [an-Najm:38-39]

MARSHA: "Hurmm, betul jugak, takkan kerana orang lain, aku tak nak tutup aurat. Masuk neraka kerana orang?. Aduh ngerinya!

***

p/s: Menutup aurat adalah tuntutan Agama Islam. Kita hendaklah melakukannya dengan ikhlas kerana Allah SWT, dan bukannya kerana orang lain atau hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain! Ketahuilah bahawa, amalan yang tidak ikhlas dan hanya menunjuk-nunjuk hanyalah sia-sia di pandangan Allah SWT. Wallahu'alam

[Islamik] SubhanAllah! Ramainya Umat Islam Di Rusia!


[Islamik] SubhanAllah! Ramainya Umat Islam Di Rusia!


Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Menurut undian yang dijalankan oleh Pusat penyelidikan pendapat awam Rusia, 6% daripada responden mengaku mereka Muslim.

Menurut perangkaan Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar.



Kelompok masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabarday, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan.

Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar). Wallahu'alam.

[Islamik] SubhanAllah! Anai-anai Kecil Ini Pun Tahu Kesucian Ayat Al-Quran!

SubhanAllah! Anai-anai Kecil Ini Pun Tahu Kesucian Ayat Al-Quran



SubhanAllah! Anai-anai pun tahu mengagungkan dan menghormati Mukjizat Rasulullah SAW. Ayat AlQuran tidak langsung dijamah! hanya kertasnya sahaja! Maha Suci Allah! =)

Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad. AlQuran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.

Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat Al-Quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut. Ini menunjukkan serangga juga mengerti kesucian ayat suci Al-Quran daripada manusia yang membuang ayat Al-Quran di dalam stor tanpa faedah! Dan meninggalkannya begitu sahaja di atas almari tanpa membaca dan mengamalkan isi kandungannya! Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua dan menambahkan iman kita! Amiin

Ayuh sertai kami di FB >> TipsPerkahwinan <<

 
Kredit: Wujud

[Islamik] 7 Sunnah Rasulullah SAW

7 Sunnah Rasulullah SAW



Berikut adalah 7 Sunnah Rasulullah SAW yang seharusnya menjadi ikutan dan amalan seharian kita. Dalam pada kita menjalankan urusan kehidupan seharian, kita sangat dituntut mengikuti Sunnah Rasulullah SAW kerana setiap Sunnah Rasulullah SAW yang diwasiatkan kepada seluruh Ummat Muslimin dan Muslimat mempunyai Khasiatnya yang tersendiri.



Ayuh. Sama-samalah kita menghayati Hari Keputeraan Rasulullah SAW. Semoga segala tauladan yg baik dapat kita contohi dari Baginda Rasulullah..=)

Pesanan Dr Aidh Abdulllah Al-Qarni

Pesanan Dr Aidh Abdulllah Al-Qarni (Penulis Buku Terlaris: La tahzan [Jangan Bersedih])



"Di antara pintu KEBAHAGIAAN TERBESAR ADALAH DOA KEDUA ORANG TUA TERUTAMA IBU. Oleh kerana itu, berusahalah mendapatkan doa itu dengan berbakti seikhlasnya kepada mereka berdua agar doa mereka menjadi benteng yang kuat yang menjaga kita semua dari segala perkara yang tidak diingini."


~ Dr Aidh Abdulllah Al-Qarni ~

p/s: Ada betulnya pesanan beliau. Keredhaan Allah ada peratusnya pada keredhaan ibu bapa! Ingatlah bahawa Syurga itu dibawah telapak kaki ibu!

Tuesday, January 31, 2012

[Islamik] Sedetik Diuji Dan Dihadirkan Kesedihan

❤♥* Sedetik Diuji Dan Dihadirkan Kesedihan *♥❤



Pertamanya harus diseru kepada diri agar duduk sebentar, beriman sejenak (ijlis bina nu'man sa'ah). Kalimah sayyidul istighfar adalah antara pelembut hati dan penyejuk jiwa yang paling baik dilafazkan lidah, direnungkan akal dan dihayati oleh hati..Oleh itu keduanya, hendaklah dibacakan kalimah ini, dihayati dengan sebenarnya. Kesannya haruslah meny...eliputi seluruh tubuh sehingga merasa tergetar dan mengalirkan airmata. Keinsafan harus hadir dalam hati akan kekerdilan diri, akan hakikat kita ini seorang hamba.

Dalam hadith (riwayat Bukhari), Rasulullah SAW bersabda :

'Barangsiapa yang membaca doa ini di siang hari dan dia benar-benar meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia termasuk penghuni syurga'.

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْت،
خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْت،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت،
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:

 "Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Ilah (sembahan) selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Oleh itu, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau"

[Islamik] YANG MANA ADALAH AKU???

[Islamik] YANG MANA ADALAH AKU???

 


YANG MANA ADALAH AKU..?? ❤✿♡

Beribadah kepada Allah berlaku dalam 3 bentuk..
• Ibadahnya orang awam, sama keadaannya dengan seorang buruh kasar yang bekerja dengan majikan mengikut tuntutan kerja yang telah ditetapkan dalam skop kerja, sekali sekala dia leka bila tiada pengawasan bos.
• Bandingan ibadah oleh manusia jenis ke dua adalah ibadah oleh orang 'ARIF' iaitu dia melakukan ibadah lebih daripada apa yang ditetapkan oleh bos kerana dia faham perbuatan itu akan di lihat sebagai kelebihan untuk membolehkannya mendapat sesuatu ganjaran. Bagi kedua-dua ini perbuatan mereka masih tidak terkeluar daripada target mendapatkan habuan.
• Peringkat yang seterusnya adalah ibadah pedagang atau peniaga yang memang akan terus menguruskan perniagaannya kerana minat pada kerjaya.

Dia pun tidak tahu apakah pada penghasilannya selepas ini. Cuma dia merasa yakin akan ada pulangan untuk yang berdaya maju.

Yang mana adalah aku?


(Rumusan daripada teori Imam Al Ghazali)

[Suami Isteri] Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

♥❤ SUAMI ISTERI ❤♥ BERBALOIKAH PERHUBUNGAN JARAK JAUH ??❤♥

Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri/suami bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami/isteri juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan ?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula ?

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara ?

Pandangan peribadi saya, isterilah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dan lain-lain yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka… Awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa ‘sweet’ dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasulullah SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan ‘geng’ mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..

“Dulu masa bercinta ok je ? Dulu masa duduk jauh ok je ? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan KESERASIAN dan KEFAHAMAN.

Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas…Mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha ALLAH.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

*❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •♥❤*


Sertai kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<


Kredit: Rossita Zakaria

[Puisi] Wanita Ibarat Bunga

[Puisi] Wanita Ibarat Bunga


(¯`v´¯) Assalamu'alaikum wbt...
        `·.¸.·´.•.¸¸❤¸¸.•*♥✿ •**••.¸¸❤¸¸.•

 ✿ • Cantik indahnya pada pandangan mata,
✿ • HANYA SEMENTARA…
✿ • Yang kekal menjadi pujaan manusia,
✿ • Hanyalah wanita yang mulia akhlaqnya…
✿ • Kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
✿ • Tiada guna berwajah cantik
✿ • Tetapi akhlaq buruk..
✿ • Tiada guna juga berwajah cantik
✿ • Tetapi hati kosong dari ilmu…

✿ • IBARAT BUNGA *♥✿ ••.¸¸✿

✿ • Ada yang cantik bila dipandang
✿ • Tetapi busuk baunya…
✿ • Ada pula yang kurang menarik dan
✿ • Baunya juga kurang menyenangkan…
✿ • Ada juga bunga yang tidak menarik
✿ • Pada pandangan mata kasar..
✿ • Tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
✿ • TERNYATA amat Tinggi Nilainya….

*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*


by: Rossita Zakaria

Perbandingan Kesakitan Melahirkan Anak Dengan Rasa Sakit Lain

Perbandingan Kesakitan Melahirkan Anak Dengan Rasa Sakit Lain

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu? Wajarkah kita melupakan jasa ibu dan bapa kita? Ayuh sama-sama kita hargai mereka, selagi mereka masih hidup.

‎"....ballighu 'anni walau aayah...." *peace with imaan*

[Islamik] Wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib

[Islamik] Wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib



♥ Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua para pembaca! ♥
Semoga kita semua berada dalam lindungan Rahmat Allah SWT hendaknya. Mudah-mudahan hari ini lebih baik berbanding semalam dan esok lebih baik berbanding hari ini. Hari ini Admin hendak kongsikan wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib, Khulafa' Ar-Rasyidin yang keempat yang tersohor! Berikut adalah nasihat beliau:

ツ KEKAYAAN yang sebenar ialah AKAL,
ツ KEPAPAAN yang sebenar ialah ROSAK AKAL,
ツ SEPI yang sebenarnya ialah KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI,
ツ KEMULIAAN yang sebenar ialah AKHLAK YANG BAIK.

~ Saidina Ali bin Abi Thalib ~

[Doa] Doa Ketika Hendak Minum / Makan Ubat:


Doa Ketika Hendak Minum / Makan Ubat:
Doanya begini:
 
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahillazi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim

Ertinya:

Dengan nama Allah yang menyembuhkan
Dengan nama Allah yang menyanggupkan
Dengan nama Allah yang menyelamatkan
Dengan nama Allah yang menyempurnakan
Dengan nama Allah yang mempunyai langit dan bumi
Dengan nama Allah yang tidak mendatangkan kemudharatan serta namaNya oleh sesuatu sama ada dibumi dan dilangit
Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Semoga yang sakit segera diberi kesembuhan atas nama Allah dan Kehendak Allah

Bismillahillazi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim juga dikenali sebagai ayat penggerak untuk melindungi diri dari santau dan sihir..InsyaAllah dgn Izin Allah..

[Muhasabah] ♡❤* MEREKA YANG SERING KITA LUPAKAN *❤♡

(¯`v´¯):♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
`•.¸.•` Assalamu'alaikum wbt


* MEREKA YANG SERING KITA LUPAKAN *❤♡
Dalam kesibukan kita mengejar dunia yang semakin pantas bergerak..
ada sesuatu yang kita tertinggal dan sengaja ditinggalkan...
Ketika kita berbangga dengan kejayaan demi kejayaan... berada di kemuncak kerjaya... memiliki anak-anak yang comel... isteri yang cantik dan rumah yang besar serta wang berjuta-juta di bank... ada dua orang insan yang sering kita lupakan... kita terlupa ataupun sengaja kita melupakan...
Mereka adalah ibu dan ayah kita...❤♡
Sudahkah kita mencium dan mengucup dahi kedua-duanya hari ini... sebagai tanda bersyukur kerana mereka menjadi penyambung untuk kita berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini ?
Mak.. Ayah.. MAAFKAN DIRIKU jika aku tidak menjadi seperti mana yang kau harapkan... Jika aku gagal menjadi anak terbaik buat dirimu... Namun ketahuilah bahawa engkau adalah insan paling berharga dalam hidupku... Terima kasih kerana engkau begitu baik terhadap ku selama ini... Jasa kedua mu tak akan dapat ku balas hingga ke hujung nafasku...
YA ALLAH... Kau ampunkan dosa kedua ibu dan ayahku dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil...
Aamiin ya rabba alamin ...
Tidak ada ibu dan ayah yang sempurna... namun mereka mencuba untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknya... dan mereka tidak pernah merungut ketika Allah amanahkan kita kepada mereka ...
SAYANGILAH IBU DAN AYAH KITA

by: Rossita Zakaria

Monday, January 30, 2012

[Info] Pergerakan Bayi Anda Sepanjang Proses Kehamilan

[Info] Pergerakan Bayi Anda Sepanjang Proses Kehamilan



Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara
minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi buat di dalam itu? 

 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan. 



Dari minggu ke-20 hingga ke-24 

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing. 

Dari minggu ke-24 hingga ke-28 

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Pada minggu ke-29 

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

Pada minggu ke-32 

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat. 

Dalam lingkungan minggu ke-36 

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai 
bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan 

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

Semoga bermanfaat!

[Info] Soal Jawab Tentang Pendarahan Vagina Ketika Kehamilan

[Info] Soal Jawab Tentang Pendarahan Vagina Ketika Kehamilan



Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal? 

Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan.

Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa 
kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka.

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau “hanya salah satu perkara biasa”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan? 

 

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).

Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak.

Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu 
kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. 

Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan? 

 

Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah:

• Pendarahan “penebusan” (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa 
kitaran haidmereka.

• Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah 
kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera.

Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh:

• Rengsa atau radang 
serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.

• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

• 
"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantuyang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga

Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan? 

 

Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.

Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka. 

Apakah punca pendarahan di akhir kehamilan? 

 

Pendarahan pada trimester ketiga mungkin tanda keadaan yang dinamakanplasenta previa, plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) atauperlahiran pramatang.

Jika anda dapati pendarahan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin ia tanda serviks mula lembut dan mengembang. Anda mungkin sedar adanya lelehan mukus bercampur darah – menunjukkan bahawa sebahagian penyumbat mukus yang menutup serviks anda semasa kehamilan sudah tanggal. Kejadian ini dinamakan "petanda" (show) dan merupakan salah satu 
petunjuk yang proses perlahiran akan bermula

Adakah bayi saya berisiko? 

 

Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan keguguranatau tidak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk:

• pendarahan yang semakin banyak;

• umur anda – jika anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran adalah tinggi;

• sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif – kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran;

• mempunyai sejarah keguguran.

Pendarahan ringan pada awal kehamilan dikaitkan dengan sedikit peningkatan risiko bagi sesetengah komplikasi kehamilan seperti 
praeklampsia dan kelahiran pramatang - apabila bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) pada akhir kehamilan juga dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan banyak pada awal kehamilan juga berkait rapat dengan masalah plasenta seperti 
plasenta praevia, plasenta abruptio, dan mempunyai bayi bersaiz kecil berbanding tarikh-tarikh berkaitan.

Walaupun semua ini seperti amat menakutkan, pendarahan ringan lazimnya hanya merupakan satu misteri yang tidak berbahaya. 

Sekian dahulu untuk post kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca sekalian. Moga bertemu lagi di lain post! Wassalam!


Dapatkan lebih tips kebahagiaan di Fanpage >>> TipsPerkahwinan <<<