Saturday, January 14, 2012

Lelaki VS Perempuan Jika Tidak Jaga Kesihatan

Lelaki VS Perempuan Jika Tidak Jaga Kesihatan



LELAKI JIKA TIDAK MENJAGA KESIHATAN

UMUR 20-30 = BAYANGAN HIDUP-
UMUR 30-40 = PANDANGAN HIDUP-
UMUR 40-50 = PEGANGAN HIDUP-
UMUR 50-70 = BANTUAN HIDUP-
70-100 = TAK HIDUP-

HIDUP PEREMPUAN JIKA TIDAK MENJAGA KESIHATAN


UMUR 20-30 = MENGANCAM-
UMUR 30-40 = MACAM-MACAM-
UMUR 40-50 = TERANCAM-
UMUR 50-70 = DIANCAM- UMUR 70-100 = DAH TAK CAM


(^_^)Y Hehe.

[Tips] Membeli Baju Hamil

Tips Beli Baju Hamil

Tentu anda ingin kelihatan menarik ketika sepanjang tempoh hamil. Kadang agak sukar bila baju semakin ketat dan kewangan anda 'ketat'. Biasanya baju-baju untuk ibu hamil agak mahal. Dan kita pula hanya akan pakai beberapa bulan sahaja.

Semasa hamil anak sulung saya banyak beli baju di kedai pakaian ibu hamil, harganya memang agak mahal. Namun sekarang saya dapati pilihan semakin banyak dan harga berpatutan. Dahulu sukar untuk cari baju mengandung untuk muslimah, berlengan panjang. Saya beli juga dress tanpa lengan, kemudian padankan dengan baju berlengan panjang di dalam. Ada kala tidak cukup labuh , saya ni kira tinggi sedikit. Jadi bile perut makin membesar dah jadi singkat.

Ada tip mengatakan cukup hanya ada 3 pasang baju sahaja. Namun, adakah anda ingin memakai baju yang sama selang beberapa hari. Jika tiada masalah, anda boleh teruskan. Namun biasanya naluri perempuan ingin kelihatan cantik dan jika pakai baju yang sama boleh mempengaruhi mood kita terutama yang bekerja. Pagi-pagi termenung depan almari nak pakai baju apa hari ini. Rasa kurang berkeyakinan pula, terasa macam orang mengata asyik baju sama walaupun sebenarnya orang tidak mengata!

Tip-tip untuk berjimat
 

- Anda boleh padan dan suai beberapa helai pakaian anda. Contohnya ada 2 helai seluar panjang, skirt, baju dress, jaket atau skaf/pashmina berwarna plain dan 2 blaus. Jadi suai padankan untuk mendapat pelbagai gaya. Boleh pakai dress sahaja atau dipadankan dengan jaket atau skaf. Atau blaus padan dengan seluar atau skirt.

- Anda juga boleh beli pakaian yang masih boleh digunakan selepas bersalin. Contohnya seluar atau skirt yang mempunyai jerut dipinggang. Jadi anda boleh kecilkannya.

- Pakai baju sedia ada. Anda boleh beli sangkut yang mempunyai kain bagi menyambung seluar atau kain anda agar muat anda memakainya. Untuk mereka yang memakai baju kurung pesak, baju ini biasanya agak besar. Jika mengandung masih boleh memakainya, Cuma perlu tambah sangkut kain pada kain untuk sambung agar kain masih boleh dipakai
- Pinjam baju kawan atau adik-beradik anda. Adik saya pun pinjam baju dan seluar saya . Sekarang saya mengandung, minta semula. Buruk siku

- Untuk pakaian di rumah, anda mungkin boleh pakai sahaja baju suami anda yang berbadan besar dan muat untuk anda. Aha, saya pernah pakai baju suami, nanti anak saya tanya kenapa mama pakai baju daddy.

Sumber: Nonakudotcom

[Lucu] Aktiviti WAJIB Semasa Zaman Kanak-kanak

[Lucu] Aktiviti WAJIB Semasa Zaman Kanak-kanak


Sape pernah buat salah satu benda-benda kt bwh ni masa kecik-kecik :

1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf M
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati..
9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah...


p/s: gelak kan bila bace semua kat atas ni? Kalau pernah buat, tinggalkan komen kat sini ye..huhu...:))

Friday, January 13, 2012

[Gurau Petang] Burung Spesial


Burung Spesial


Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah special..

Si isteri bertanya..pada si suami..
...

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni special..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, cerdik sungguh..!!! "

[Info] Barangan Keperluan Untuk Bayi Baru Lahir

Barangan Keperluan Untuk Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat anda sekeluarga! Kali ini Hamka ingin kongsikan sedikit pengetahuan tentang barangan yang diperlukan untuk menyambut kelahiran bayi baru. Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan keadaan kelam kabut ketika bayi lahir kelak. Anda seharusnya membuat perancangan dengan lebih awal untuk menyambut kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu. Sudah semestinya anda berdua akan benar-benar ‘excited’ dengan kelahiran bayi anda lebih-lebih lagi jika si comel adalah yang sulung!

Namun, anda jangan tersilap percaturan, kadang kala kita memikirkan apabila bayi dilahirkan kita memerlukan peralatan yang kompleks dan mahal. Seharusnya belilah sedikit demi sedikit barangan yang diperlukan dahulu dan sudah tentu anda akan perlu membelinya lagi kelak. Beli barangan mengikut usia bayi.

Pastikan yang anda membeli barang-barang yang perlu sahaja mengikut kesesuaian umur si comel anda nanti. Jangan terlalu boros dan jangan terlalu ‘excited’ sehinggakan anda terbeli barangan yang akhirnya langsung anda tidak gunakan. Sebagai contoh, tentunya anda tidak memerlukan mangkuk makan bayi untuk bayi baru lahir dan ‘baby car seat’ yang hanya boleh si comel gunakan sesudah ianyanya mula pandai merangkak!

Harganya tidak perlu terlalu mahal namun jangan pula sehingga anda mengabaikan aspek keselamatan/kesihatan. Biasanya barangan terdapat dalam lingkungan harga tertentu, jadi jika mampu boleh beli yang lebih bagus kualiti atau yang berbaloi dengan harganya.

Pakaian

- baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar)
- seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai)
- sarung tangan & kaki
- topi (bergantung pada keperluan)
- lampin kain/lampin pakai buang
- selimut (Sama ada dengan tutup kepala atau tidak, boleh digunakan untuk membedung bayi ketika membawa ia keluar. Saya suka gunakan ada tutup kepala jadi tidak perlu guna topi )
- barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut)
- tuala mandi bayi
- almari/bakul pakaian
- sapu tangan/tisu
- tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.)
- beg bayi
- kain bedung (jarang pakai sekarang. Tapi saya suka gunakannya semasa tidurkan bayi, bayi tidur lena tidak terkejut-terkejut. Biasanya guna sehingga sebulan sahaja, bila bayi mula rimas saya tidak gunakan lagi)
Mandian

- sabun bayi
- bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum seperti corn powder atau lain-lain sebab talkum tidak berapa elok bagi bayi yang baru lahir, mungkin kadang-kadang ia tidak sesuai dengan kulit bayi)
- losyen bayi
- syampu bayi
- besen mandi bayi
- putik kapas
- bakul alatan mandian
- pengalas mandian tidak licin (sesuai jika anda risau bayi tergelincir ketika mandi atau anda takut memandikan bayi)
- termometer mandian ( sebenarnya boleh cuba dengan memasukkan tangan anda dulu ke dalam air untuk memastikan air sesuai untuk bayi)
- sikat/berus rambut
Penyusuan

- botol susu (PASTIKAN BPA Free)
- puting
- pemerah susu dan botol khas menyimpan susu ibu (bagi ibu yang bekerja)
- berus botol susu
- bekas simpan botol susu (warmer)
- sabun pencuci khas untuk botol
- sterilizer (atau boleh rebus air. Tutup api apabila mendidih dan rendam botol dan puting. Saya pernah beli, biasa tidak sesuai digunakan kerap. Akhirnya saya lebih suka cara merebus. Kaedahnya rebus botol tersebut sekurang-kurangnya 30minit)


Tidur

- bantal, bantal peluk dan tilam yang tidak terlalu besar (Ada pelbagai jenis termasuk untuk bayi yang mengalami alahan
- sarung bantal dan tilam
- katil bayi samada jenis kayu atau playen (Jika anda merancang bayi anda tidur di katil anda, tidak perlu katil bayi. Bayi saya tidur di katil saya, tetapi saya belikan juga kerana bila perlu saya boleh letakkan bayi di katil nya dan saya boleh tinggalnya. Dan selamat jika ada anak-anak lain, jadi mereka tidak mengganggu bayi)
Berjalan-jalan

- baby car seat (Jika anda lebih memegangnya, tidak perlu membelinya. Anda perlu ajarnya dari awal, kerana jika selepas 3 ke 4 bulan baru ajar, dia tidak akan duduk di kerusinya. Namun untuk ibu/bapa bekerja yang perlu menghantar bayi sendirian, ini satu keperluan).
- jika bayi baru lahir, lebih elok anda membeli bakul supaya bayi boleh tidur dengan nyenyak dalam bakul tersebut
- stroller/pram/buggy (Mudah, anda tidak perlu mendukung bayi sepanjang masa dan berguna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun.Jika rancang guna sehingga anak besar, cari yang sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak. Jika tidak anda terpaksa beli lain.)
Lain-lain (ikut keperluan)

- minyak kembung perut (contoh: minyak Yu Yee Cap Limau)
- tisu lembap (banyak gunakannya terutama jika kita bersendirian tanpa orang menjaga kita)
- pemotong kuku
- pembersih hidung (Berguna pada saya bila bayi saya berhingus, belajar cara betul. Jika tidak pandai guna hingus/kotoran tidak boleh keluar)

Sekian dahulu post Hamka buat kali ini. Semoga artikel ini memberikan manfaat buat kalian para pembaca. Semoga anda berdua terus kekal bahagia! Moga bertemu lagi. Wassalam

Sertai Fanpage kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<
 
 
 
 

Biarlah Terpaksa! Lama-lama Ikhlas... (^_^)Y

Biarlah Terpaksa! Lama-lama Ikhlas... (^_^)Y

·Ù •● ♥ Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. [Ustaz Azhar Idrus] ♥

[Keluarga] Kisah Seorang Doktor

[Keluarga] Kisah Seorang Doktor



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Kemudian, dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.."


apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

...


Si ayah tadi tiba-tiba terasa sangat bersalah atas sikapnya terhadap doktor itu.


Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

15 CIRI-CIRI wanita hantaran RM15,000 ♥

15 CIRI-CIRI wanita hantaran RM15,000
 
 
1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Pandai menjaga maruah suami dan keluarga
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
10: Tidak kuat merajuk
11: Menghormati suami dan keluarga serta orang tua
12: Pandai membawa diri
13: Tidak pandai membebankan suami
14: Berhias hanya untuk suami
15: Pandai menjaga hati suami
Siapa yang setuju angkat tangan! (^_^)Y

[Keluarga] Bila Kita..........................

Puisi: Bila Kita..........................


ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..
ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
ツ Bila hati kita terguris..kita kata “Mak memang tak pernah faham”
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
 
TETAPI…
ツ ...Bila hati mak kita terguris..mak kata “Tak apa,dia masih muda”
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”
ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki…
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…
ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal…
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga…
 
♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥
 
 

Kunci Syurga Adalah SOLAT!

Kunci Syurga Adalah SOLAT!



Apa perasaan anda bila kunci rumah hilang?
Mesti rasa cemas kan....? Selagi tak jumpa kunci, selagi tu lah hati kita tak akan rasa tenang.

Ketahuilah bahawa, kunci bagi syurga adalah SOLAT.

Kalau kunci rumah hilang kita boleh telefon orang, nak pinjam kunci atau nak tumpang rumah org. Tapi kalau kunci syurga hilang di akhirat, kita tak boleh nak minta tolong dgn sesiapa pun..Tak ada kedai kat sana yg boleh buat kunci baru utk kita. Kunci ini hanya boleh dibuat di dunia sahaja.

Oleh itu, macam mana kita jaga kunci rumah, macam tu jugalah kita kena jaga kunci syurga. Solat yg paling disukai Allah ialah solat di awal waktu, dan bagi org lelaki solat berjemaah di masjid. InsyaAllah, sama-sama kita azam utk jaga solat dan ajak org lain utk jaga solat juga. (^__^)


Sumber: AnakkuSolehDotCom

[Tips] Cara Mengurangkan Panas Baran/Marah

Assalamualaikum wbt dan salam kebahagiaan buat para pembaca yang disayangi. Dalam post kali ini, Admin hendak kongsikan Tips-tips dan cara mengurangkan panas baran atau marah. Tips ini sangat berguna untuk kita dalam kehidupan berumahtangga! Tips yang akan dikongsikan ini adalah dari ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus.



Semoga bermanfaat! Bertemu lagi dilain post, InsyaAllah

[Video] Motivasi Diri : Bersyukurlah Dengan Apa Yang Allah Kurniakan

[Video] Motivasi Diri : Bersyukurlah Dengan Apa Yang Allah Kurniakan

Kehebatan Wanita Di Mata Islam

Kehebatan Wanita Di Mata Islam


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan! Selamat bertemu kembali.

Al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat.

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:

“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sumber Asal: Prof. Dr. Maza.

Ayuh, sertai kami di Fanpage FB >>> http://facebook.com/tipsperkahwinan <<<

Thursday, January 12, 2012

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Tips Kebahagiaan Rumahtangga



Dalam perkahwinan, bagi mengekalkan kebahagiaan, cuba amalkan prinsip: Setiap pagi, anggaplah anda kali pertama berjumpa dengan suami/isteri anda dan setiap malam, anggaplah itu kali terakhir anda bertemu suami/isteri anda! Jadi, PASTI anda akan melakukan yang terbaik buat pasangan anda! (^_^)Y

Anggap Perkahwinan anda ada lesen, maka anda akan sentiasa 'renew' lesen anda apabila tiba masanya! Dengan kata lain, anda harus buat perkara-perkara yang berbeza atau buatlah sedikit kejutan untuk pasangan anda.

[Tips] Surah Al-Waqiah dan Terjemahannya [Petua Murah Rezeki]

Surah Al-Waqiah dan Terjemahannya [Petua Murah Rezeki]




"Nabi Muhammad SAW bersabda barangsiapa yang mengamalkan Surah Al-Waqiah dijauhi kepapaan dan kemiskinan, Ajarkanlah Surah ini kepada keluargamu dan orang di bawah mu supaya keberkatan kehidupan sentiasa bertambah-tambah melimpah ruah ". Hadis Riwayat Muslim

7 Kunci Utama Kehidupan Dunia

7 Kunci Utama Kehidupan Dunia


[Info] Kesan Pakai Bra/Seluar Dalam Sewaktu Tidur

Kesan Pakai Bra/Seluar Dalam Sewaktu Tidur

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Bertemu lagi kita dalam post kali ini. Kali ini Admin akan kongsikan sedikit info tentang kesan memakai bra/seluar dalam seluar dalam sewaktu tidur. Namun begitu, melepaskan pakaian dalam bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi jadi meracau atau dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Mengapa harus begitu?
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bahagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

Fanpage FB kami >>> TipsPerkahwinan <<<

Wednesday, January 11, 2012

[Tips] Menarik Minat Lelaki

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan semua! (^_^)Y. Betemu lagi kita. Kali ini Admin akan share sikit tentang Tips-tips Menarik Minat Lelaki. Tetapi sebelum itu, tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka?

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
→◆●Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

→◆●Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

→◆●Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

→◆●Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

→◆●Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalaman diri seseorang wanita.

Sekian dahulu post kali ini. Moga bertemu lagi.

Monday, January 9, 2012

Kalaulah Hantu Ada Akaun Facebook!

KALAULAH HANTU ADA FB...
 
 
APA STATUS DIORANG EK ...???
MEH KITA TENGOK :)

*pocong= "penat la seharian lompat sini, lompat sna . sesekali nak jugak naik monorel".
...
...
*langsuir= "aarrrhh.. balik awal la malam ni. mengantuk la... lagipon suara dah serak mengilai tadi".

*pelesit= "tak puas hati betul aku dengan manusia ni . diaowg yang merempit kita pulak dapat nama . pelesit jalanan la . jahat macam pelesit la. tensen!! ".

*toyol=" apa punya orang kaya daa... rumah je besar diut seposen haram pon xda .. jatuh maruah aku ".

*hantu raya= "yaahhooo ! tuan aku out station 3bulan. bini dia tinggal, suruh pulak aku jaga.. xkna tengok ja kot?"

*pontianak= "hari ni hari paling bahagia sbb dapat berlakon dgn lisa surihani. tunggu cerita kami dipawagam.. k guys!"

*hantu galah= " kurang hajau punya toyol! kau hack akaun aku ye. macam mana kau tahu password aku hah?!"
 
 
 
Hehe..Gurau-gurau je ye..=)


Kriteria Penting Memilih Lelaki Sebagai Suami

Kriteria Penting Memilih Lelaki Sebagai Suami

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan! Apa khabar para pembaca sekalian? Dalam post kali ini Admin ingin kongsikan isi penting dalam artikel tentang “Cari Jodoh” oleh Dr Fadzilah Kamsah. Antara kriteria untuk mencari pasangan lelaki sebagai jodoh termasuklah;

1.Menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab

2.Mencari nafkah yang halal, jujur dan berhasil

3.Bersikap baik terhadap isteri

4.Dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberikan pendapat

5.Dapat menerima kelebihan dan kekurangan isteri

6.Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu

7.Dapat menjaga kewibawaan isteri

8.Dapat membimbing isteri ke arah kebaikan dan ke arah agama Islam

9.Menghormati keluarga dan sanak saudara isteri

10.Boleh menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak

11.Boleh menjadi pasangan yang baik, zahir dan batin

Carilah lelaki yang baik sebagai pasangan anda. Admin pasti, kebahagiaan akan lebih mudah dicapai. Tetapi sebelum itu, baikkanlah akhlakmu terlebih dahulu dan kemudian carilah dan sertai dengan berdoa agar Allah pertemukan jodoh kita di kalangan yang baik-baik. InsyaAllah.

*Sumber rujukan: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Sukar Mendapat Jodoh?, Majalah Solusi Isu no 29, muka surat 46-47.


>>> TipsPerkahwinan <<< di Facebook! Jom meriahkan lagi Fanpage kami..=)

Tips Penjagaan Payudara

Tips Penjagaan Payudara

Kesihatan Payudara sangat penting kerana ia merupakan aset yang terpenting bagi setiap wanita. Oleh itu, setiap wanita haruslah menitik-beratkan penjagaan payudara agar ia kelihatan menarik dan sempurna.
Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan payudara:

1. Elakkan sabun dibahagian puting payudara
Ketika mandi, elakkan sabun daripada terkena bahagian puting. Sabun boleh menyebabkan bahagian puting payudara merekah.

2. Ramasan payudara
Jika anda sudah bersuami, elakkan suami meramas payudara dari kiri ke kanan. Ini kerana, payudara boleh kendur jika berbuat demikian.

3. Coli
Pemakaian coli yang terlalu ketat adalah patut dielakkan. Kalau boleh gunalah coli yang bersesuaian dengan saiz payudara anda.

4. Sentiasa memakai coli
Ini penting agar penting bentuk payudara sentiasa kekal sempurna dengan sokongan coli.jika tidak memakai bra, payudara akan sentiasa tergantung dan boleh berubah bentuk.

5. Air mani suami
Suami haruslah pancutkan air mani keatas payudara isteri dan sapukan dengan rata. Teknik ini dapat menegangkan payudara isteri.

6. Elakkan pembedahan
Bersyukurlah dengan payudara anda, dan janganlah melakukan pembedahan semata-mata untuk membesarkan saiz payudara.keaslian payudara adalah paling penting.

7.Pemeriksaan payudara
Periksalah payudara anda sendiri untuk mencegah kanser . perhatikan payudara anda dihadapan cermin jika terdapat ketulan atau benjolan pada payudara.

Penjagaan payudara sangat penting bagi mengelakkan penyakit daripada menjangkiti atau lebih teruk lagi jika kanser payudara pula yang hadir. Anda boleh cuba menghindarinya sedari awal lagi.

Sumber: melvister.com

Dapatkan lebih tips menarik di Fanpage FB kami >> TipsPerkahwinan <<

KISAH BOHONG SUNAT

KISAH BOHONG SUNAT
(BOLEH KER MACAM NI ? Huhu)

Begini ceritanya….
Seorang Ayah menelefon anaknya yang berada di London :
“Nak, Abah tak nak rosakkan mood kau hari ini..tapi abah terpaksa juga beritahu yang mak dan abah hendak bercerai..setelah 35 tahun perkahwinan. Keputusan ini amat berat sekali.”
“Abah..!!apa yang abah cakapkan ni..!!...??”, Jerit anaknya.
“Kami dah bosan hidup berdua, abah sudah bosan tgk muka mak kau,mak pun da bosan tgk muka abah..kami pun sudah boring bercakap…” keluh si ayah.
“Engkau tolong call kakak dekat Australia dan tolong beritahu pasal benda ni..” , sambung si ayah.
Dengan keadaan cuak, Si adik menelefon kakaknya yang berada di Australia;
“Apa..!!! Mak ngan abah nak bercerai..??? Jangan harap mereka nak cerai..aku akan settlekan masalah ni..!!”, Bising si kakak pada si adik.
Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka di Selangor, Malaysia dan memarahinya.
 “Abah dgn mak takkan bercerai, Jangan lakukan apa-apa pun perkara sehingga saya balik sana. Saya akan ajak adik balik sekali dan esok juga kami akan sampai KL.”
 “Ingat..!! Jangan buat apa2 keputusan sebelum saya balik… FAHAM..!??” , sambung si kakak dan menghempas gagang telefon.
Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;
“Wokeh beres…Anak2 kita akan balik beraya tahun ni…esok depa sampai. Dan duit tiket pun kita tak perlu risau…” (^_^)Y
“Eh bang, takpe ke kita buat camtu pada anak-anak. Tak marah ker diorang nanti?”, luah isterinya yang penuh kebimbangan. “Alahhh takper, BOHONG SUNAT! sekali sekala…huhu”.
p/s: Pengajaran: sesibuk mana pun kita sebagai anak, jangan lupa untuk menziarahi kedua ibu bapa kita. Anda pula, ada apa-apa pengajaran yang anda dapat selepas membaca cerita ini?? Hehe, sekadar berkongsi cerita!!! Jangan biarkan kedua ibu bapa kita kesunyian di kampung halaman!!!

10 Sebab Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung

10 Sebab Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung

‎1. Kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...
NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
 DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG..ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN
ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

Betul x wahai Perempuan Cantik??? =)

p/S ~ Sapa rasa die cantik, Kasi KOMEN sikiiiiit.. (^_^)Y

Sunday, January 8, 2012

Akibat Melakukan Persetubuhan Secara Haram!



Kisah ini menceritakan seorang gadis yang sentiasa bertukar teman lelaki dan sentiasa melakukan hubungan yang terlarang dengan setiap teman lelakinya. Dan pada suatu hari dia telah terdengar radio dari dalam bilik ibunya yang memperdengarkan ceramah daripada seorang ustaz yang menyatakan “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”
Mendengar kata-kata ustaz tersebut, hati gadis ini begitu terkesan di dalamnya. Dan sekali lagi dia mendengar kata-kata ustaz itu lagi yang menyatakan bahawa “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” Gadis itu begitu menyesal dengan perbuatannya dan ingin bertaubat kepada ALLAH.

Setelah gadis ini bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan, satu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya dan dia menghadapi dengan tabah. Dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu hendak pulang dari kedai ke rumah. Akhirnya dia di hantar oleh ibubapanya ke Kem Modal Insan (KEWAJA).

[Gurau Petang] Watak–Watak Pengguna Di Facebook

Watak–Watak Pengguna Di Facebook


1. MODEL ↓
Tukar gambar setiap hari

...
2. PENJENAYAH ↓
Tukar nama setiap hari…

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS ↓
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN ↓
suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS ↓
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM ↓
Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG ↓
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT ↓
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”

9. BUDAK HINGUSAN ↓
Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF ↓
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.

P/s- macam-macam watak ada.. korang watak yang mane? Hehe