Saturday, January 21, 2012

[Info] Selamatkah Saya Makan Durian Semasa Hamil?

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?


Dijawab oleh Dr Patrick Chia

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan 
tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. 

[Tips] Bagaimana Saya Tahu Bila Sudah Tiba Masa Bersalin?

Bagaimana Saya Tahu Saya Sudah Mahu Bersalin? 


Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1. Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekan) dan mengembang sehingga 10 sentimeter.

2. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3. Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang kelahiran – atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5. 
Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi. 

Bila saya perlu menghubungi doktor saya? 

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam kelahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.
Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan – ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika 
air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen. 

Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran? 

Semasa awal kelahiran, adalah penting untuk minum banyak cecair. Selang-selikan di antara berjalan dan berehat atau cuba mengambil mandian panas untuk melegakan sebarang kepedihan dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk kelahiran nanti. 

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam perlahiran? 

Ya. Anda mengalami kelahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.

Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam kelahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam kelahiran. Betul, dia memang dalam kelahiran. 

Bolehkan saya tahu jika kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat? 

Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi perlahiran sehingga sebulan sebelum perlahiran. Apabila kelahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.

Tanda-tanda kelahiran yang lain termasuk:
·      ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
·     pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
·      pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
·      dan kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.

Sekian dahulu untuk post kali ini. Moga bertemu lagi di post seterusnya! (^_^)Y

[Hamil] Panduan Seks Ketika Hamil

Panduan Seks Ketika Hamil



Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil? 
Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang. 

Bolehkah seks membahayakan bayi? 

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
·      pendarahan;
·      sakit atau kekejangan abdomen;
·      pecah ketuban;
·      sejarah kelemahan serviks;
·      plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan. 

Adakah nikmatnya sama? 

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks. 

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal? 

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa. Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan. 

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah? 

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik juga.

Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir. 

Adakah seks oral selamat? 

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi. 

Posisi-posisi manakah yang paling selesa? 

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang telah tahan zaman.

• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.

• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.

• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu.

• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda. 

Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Semoga artikel panduan ini bermanfaat buat semua!

Ayuh, sertai kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<< 

[Hamil] Panduan Mengemas Beg Hospital Anda

Panduan mengemas beg hospital anda

 

Anda sudah berada di bahagian terakhir, hanya beberapa minggu lagi sebelum tiba tarikh bersalin. Sekarang sudah tiba masa untuk mengemas sebuah beg untuk semua keperluan yang akan anda perlukan semasa pelahiran dan selepas bayi anda dilahirkan.

Ianya wajar jika anda siap mengemas beg anda apabila anda mengandung sekitar 36 minggu, supaya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan segalanya semasa peringkat awal kelahiran!

Hospital berlainan mempunyai polisi yang berlainan untuk benda yang boleh anda bawa semasa pelahiran anak anda. Anda mungkin hendak membawa beberapa benda dari rumah, seperti bantal atau kusyen anda, untuk menjadikan persekitarannya lebih berciri peribadi dan kurang klinikal.
Semak apa yang dibekalkan oleh hospital dan apa yang boleh anda bawa sendiri, tetapi sedia maklumlah bahawa hospital mungkin kekurangan ruang dan anda mungkin terpaksa menyimpan kesemua bekalan anda di dalam almari kecil di tepi katil anda.

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran 

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
·      Pelan kelahiran anda.
·      Gaun santai atau kain batik -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
·      Kasut selipar.
·      Stoking -- percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran. Gaun tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
·      Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran anda.
·      Balm bibir.
·      Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
·      Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
·      Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
·      Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
·      Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).
·      Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.
·      Kelengkapan dandanan diri.
·      Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
·      Muzik untuk didengar.

Untuk teman pelahiran anda 

Suami anda pula akan memerlukan:
·      Sepasang pakaian untuk ditukar.
·      Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!

Untuk selepas bersalin 

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
·      Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!
·      Bra menyusu -- dua atau tiga helai.
·      Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
·      Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.
·      Kelengkapan dandanan diri.
·      Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
·      Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.
·      Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
·      Telefon bimbit anda – serta pengecasnya!

Untuk bayi anda 

Si manja akan memerlukan:
·      Sebuah kerusi kereta bayi.
·     Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
·      Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).
·      Lampin.
·      Sepasang stoking atau buti bayi.
·      Topi.
·      Kain muslin.
Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal kelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin! 

Sekadar Renungan...

Sekadar Renungan.

Seloka Bangsa Kita

Bila Melayu berhari raya
Penuh sesak pasaraya
Orang kita suka bergaya
Orang lain kaya raya.....
Bengkel kereta banyak pelanggan
Kereta berlanggar sepanjang jalan
Bertambah hasil kerajaan
Polis, JPJ banyak kutipan....
Kalau raya Cina sekali sebulan
Semakin teruk keadaan
Di pasar tak ada sayur dan ikan
Takut-takut mati tak makan...
Deepavali hari besar
Pekedai buku tentulah sukar
Takut lumpuh syarikat akhbar
Orang India jadi pengedar...
sekian sekadar nukilan untuk tatapan......:)


Doa Hilang Barang

Doa Apabila Hilang Barang

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan! Bertemu kita lagi dalam post ini. Dalam post ini Admin akan kongsikan Doa yang boleh kita gunakan apabila kita hilang barang. Manalah tahu, kot-kot suami anda atau isteri anda, atau bapa mertua anda terhilang barang ke, adalah juga usaha yang boleh kita buat. Ingat, kemudian, cari barang yang hilang dan tawakkal benar-benar kepada Allah! Doalah supaya Allah permudahkan kita mencari barang yang hilang tersebut. InsyaAllah. Berikut adalah doanya:



Selamat mencuba, dan selamat beramal! (^_^)Y




Thursday, January 19, 2012

[Info] Bagaimana Menguruskan Proses Kelahiran Bayi Anda

Info : Bagaimana Menguruskan Proses Kelahiran Bayi Anda

 

 

Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit 

 

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.

• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.

• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.

• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.

• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.

• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.

• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!

• Pegang tangan suami anda.

• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.

• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif!

• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).

• Dengar musik untuk membantu anda relaks.

• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.

• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).

• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.

• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.

• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.

• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.

• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.

• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!

• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.

• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.

• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.

• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi. 

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua, lebih-lebih lagi bagi yang akan menyambut kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu! (^_^)Y

[Gurau Senda] Lelaki vs Perempuan - Ulang Tahun Perkahwinan


Kepada rakan-rakan yang bakal menjadi suami, anda perlu terima hakikat bahawa selepas berkahwin nanti isteri anda lebih mementingkan tarikh ulangtahun perkahwinan berbanding tarikh renew road tax keretanya sendiri.

Kepada bakal isteri pula, anda perlu bersedia kerana suami anda lebih mementingkan tarikh bayaran projek berbanding tarikh ulangtahun perkahwinan terutamanya jika anda bersuamikan usahawan.

Kepada bakal suami, jika nanti isteri anda merajuk kerana anda lupa tarikh ulangtahun perkahwinan, guna ayat ini, "Sayang, sebenarnya abang menganggap setiap hari adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kita, walaupun sudah lama kita berkahwin, rasanya baru semalam sahaja kita akad nikah."

---

Credit: Tuan Hasbul 'Ariff

[Info] Solat Dhuha dan Waktunya

[INFO] SOLAT DHUHA


Waktu Dhuha


Niat Solat Dhuha


Doa Selepas Solat Dhuha


*********

Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha, itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu, .
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindungan Mu.

Ya Allah
jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di bumi, keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
berkat waktu Dhuha,
Kecantikan Mu, Keindahan Mu,
Kekuatan Mu Kekuasaan Mu,
limpahkan kepada ku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Amin Ya Rabbal A'lamin...

Siapakah Muslimah Sejati?


Siapakah muslimah yang menawan dan tidak tertawan dengan pujukan lelaki miang?✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .
(^_^)Y

[Sepintas Lalu] Lelaki VS Wanita Tentang Solat Jumaat

[Sepintas Lalu] Lelaki VS Wanita Tentang Solat Jumaat



>>> SEPINTAS LALU <<<

Sekalipun wanita tak wajib melakukan solat Jumaat, para wanita masih lagi punya tanggungjawab lain.. iaitu solat di awal waktu. Maka, tak sepatutnya ketika kaum lelaki sibuk bersolat Jumaat, kaum wanita sibuk bershopping. Ini merupakan satu budaya yang tak sihat.

Konsepnya sama seperti puasa juga. Sekalipun wanita itu uzur (tak boleh berpuasa), tetapi beliau masih bertanggungjawab untuk menahan diri daripada makan di khalayak ramai. Kena makan sorok-sorok.

Begitu juga ketika solat Jumaat sedang dilangsungkan, sebaiknya wanita berada di musolla untuk menunaikan solat Zohor di awal waktu dan melakukan ibadah2 sunat yang lain. Mengambil kesempatan hari Jumaat yang penuh keberkatan itu. Dan bukannya bergembira di shopping2 complex atas alasan tak wajib solat Jumaat.

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan.

( CREDIT: USTAZ LOVE
)

[Tips] 7 Tips Melegakan Sakit Secara Semulajadi Sewaktu Melahirkan

7 Tips Melegakan Sakit Secara Semulajadi Semasa Melahirkan Anak

1) Dapatkan Kehangatan
Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Beg gandum tersebut akan kekal panas untuk sejam atau lebih. Untuk mendapatkannya, anda mungkin perlu membelinya dari kedai kehamilan secara atas talian.

Pilihan lain ialah menggunakan botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang anda. Dengan kata lain, teknik ini dinamakan sebagai teknik tuaman.

Jangan lupa bahawa urut juga memberikan kepanasan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.

Apabila kepala bayi anda mahu keluar, cuba letakkan flanel yang lembut dan panas atas perineum (tisu di antara belakang vagina dan bahagian belakang anda) dan ini akan melegakan sensasi regangan. Walaupun ini bukanlah amalan biasa, bertanyalah dengan doktor anda dan sertakan ini dalam rancangan pelahiran anda. 

2) Pernafasan 

Jika anda berfokus kepada pernafasan, ini merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda.
Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s. 

3) Berehat 

Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi. Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau tonton TV dan BEREHAT!
Ambillah minuman panas jika anda di rumah (kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa pelahiran). Kelak nanti, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula. 

4) Menukar posisi 

Cuba elakkan dari berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa.
Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan.
Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak! 

5) Urut 

Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahudiurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan.
Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif. 

6) Perasaan disayangi 

Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang. Jadi pilihlah rakan pelahiran dengan berhati-hati.
Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda. Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung kepada anda.

Walau bagaimanapun, berwaspadalah, sebab sesetengah hospital enggan menerima dua orang rakan pelahiran dalam bilik bersalin pada masa yang sama oleh sebab kekurangan ruang. Walau bagaimanapun, mungkin pihak hospital akan membenarkan seorang rakan pelahiran bersama anda pada satu-satu masa. Ini perlu dibincangkan dengan doktor anda dan keputusan anda perlu dicatitkan sebagai nota doktor dari awal lagi sebelum tarikh bersalin anda. 

7) Skil tahap profesional 

Pakar obstretik tidak akan berada di bilik bersalin bersama anda sepanjang pelahiran anda. Dia akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa anda, membantu anda membuat keputusan mengenai bagaimana boleh melegakan sakit dan sudah tentu akan hadir untuk kelahiran bayi anda.
Pada masa-masa lain, anda akan dibantu oleh bidan; dialah yang akan memaklumkan kepada anda tentang perjalanan proses pelahiran anda sepanjang masa. Jika anda mahu melegakan sakit secara semula jadi bagi kontraksi, dia akan membantu anda dan jika anda memilih epidural, dia juga akan menyokong anda.
Jika anda tidak berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bidan yang diberi, mintalah untuk ditukarkan dengan bidan lain. Dia tidak akan tersinggung. Mungkin juga dia juga berasa yang anda sukar untuk dibantu! Anda berdua akan lebih gembira jika anda mendapatkan orang yang lain. 

Sekian dahulu post untuk kali ini. Selamat mencuba! (^_^)Y

Dapatkan tips-tips menarik kebahagiaan di >>> TipsPerkahwinan <<<

[Tips] Bayi Cirit-Birit dan Cara Menanganinya (Part II)

[Tips] Bayi Cirit-Birit dan Cara Menanganinya (Part II)

Assalamualaikum dan salam muhibbah! Admin akan sambung post yang sebelum ini berkenaan bayi cirit-birit dan cara menanganinya. Artikel ringkas ini adalah sumbangan sahabat Blogger Admin, Mr Parasolx! Thanks! (^_^)Y

Susu formula diadun dalam dua jenis,
1. berasaskan lemak sayur
2. berasaskan lemak lembu.

Dalam beberapa kes terdapat bayi yang tidak boleh menerima susu berasaskan lemak sayuran seperti soya. Cirit akan bertambah teruk sekiranya bayi alahan atau langsung tidak boleh menerima soya. Jika keadaan berlarutan sehingga hari kedua atau ketiga, tukarkan kepada susu berasaskan lemak lembu.

Untuk melihat jenis asas lembu, perhatikan kepada bahan-bahan (ingredient) yang digunakan dalam susu tersebut. Jika terdapat perkataan soya, maka ia adalah berasaskan sayur-sayuran.

Bahan yang selalunya membuatkan bayi cirit adalah laktosa. Selalunya disarankan untuk menukar kepada susu yang bebas laktosa atau FREE LACTOSE (LF). Terdapat banyak susu jenis LF yang dikeluarkan seperti Dumex LF, Isomil LF atau Similac LF.

Gunakan susu ini sehingga cirit bebas. Selalunya kaedah ini adalah yang paling berkesan. Disebabkan perut bayi masih diperingkat awal dan pemberian laktosa secara berkala akan menyebabkan perut mudah meragam. Selalunya pemberian susu jenis LF secara purata mengambil masa selama 3-4 hari.

Penggunaan susu LF adalah mengikut perkadaran. Hari pertama: 1 sudu susu + 2 auns air.
Hari kedua: 1 sudu susu + 1 auns air.

Bagi kes cirit yang telah lama (3 - 4 hari cirit), gunakan perkadaran ini:
Hari pertama: 1 sudu susu + 4 auns air.
Hari kedua: 1 sudu susu + 2 auns air.
Hari ketiga: 1 sudu auns + 1 auns air.

Elakkan dari memberi susu jenis LF lebih daripada 5 atau 6 hari. Kerana susu jenis ini tidak mengandungi gula yang diperlukan untuk memberi tenaga kepada bayi. Selepas 5/6 hari tukar kembali kepada susu formula yang biasa digunakan.

Seandainya keadaan cirit kembali semula selepas bebas, berikan 1 paket air garam (Oral Salt Dehydration, ORS) dalam satu auns setiap 4jam, berhenti susu formula yang biasa digunakan, dan kembali menggunakan susu LF. Setelah bebas, kembali ke susu formula YANG BARU (jenama lain). Kemungkinan bayi anda tidak sesuai lagi menggunakan susu formula yang sedia ada.

Perlu diingatkan bahawa susu LF hanya boleh digunakan selama 2 bulan pada tarikh ianya dibuka. Setelah dua bulan sekiranya masih ada, buangkan dan beli yang baru. Kerana susu LF sangat sensitif kepada udara persekitaran.


Jom dapatkan tips-tips menguruskan bayi anda dengan kami >> TipsPerkahwinan <<

[Hamil] Diet Untuk Kehamilan Yang Sihat (Part II)




Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai 

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran – anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D – berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilanpraeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenaimakanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar. 

Jangan berdiet 

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja: anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda. 

Tambahkan berat badan secara perlahan 

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo / 18 paun dan 15 kilo / 32 paun. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar. 

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam 

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan. 

Makanan tak sesuai kadang-kala tiada masalah 

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda.

Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan! 

Sekian. Tunggu post Admin yang seterusnya ya! (^_^)Y