Saturday, December 10, 2011

Madah Puisi Cinta


Jika dalam cintamu hatimu lebih sering terluka daripada digembirakannya..
Maka lepaskanlah dia dari genggaman penuh kuatirmu..
Jika dia memang cinta sejatimu,dia akan kembali sebagai belahan jiwa yg memuliakanmu,
Tapi jika dia tak pernah kembali,
Memang dari awal dia tak pernah direncanakan bagimu..
Hapuslah sedihmu,
Indahkanlah dirimu dan harumkanlah ruang tamu dihatimu bagi cinta yg Baru

Thursday, December 8, 2011

Tips: 10 Tanda Si Dia “Poket Kosong”

Tips: 10 Tanda Si Dia “Poket Kosong”



Salam muhibbah semua. Dalam post kali ini Hamka ingin kongsikan tips-tips mengenali keadaan Si Dia apabila "Poket Kosong". Jom baca artikel ini.

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Jum berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

1.Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

2.Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

3.Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

4.Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

5.Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. 
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

7.Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

8.Hanya menemani

Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

9.SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

10.Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

Semoga bermanfaat buat semua dan moga bertemu lagi. Wassalam

8 Tips Menjadi Isteri Terbaik

8 Tips Menjadi Isteri Terbaik



Salam kebahagiaan buat para pembaca. Dalam Post kali ini Hamka akan kongsikan 8 Tips Bagaimana Menjadi Isteri Idaman Suami. Jom teruskan membaca.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai para isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan dan lakukannya dengan betul-betul ikhlas demi mencapai kebahagiaan bersama.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, tidak memburuk-burukkan suami tentang apa sahaja kelemahannya, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain dan tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya. Sedap atau tidak masakan si isteri, belakang cerita. Yang penting apa yang dimasaknya itu diiringi dengan keikhlasan serta doa.
.
6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
Sekian dahulu buat kali ini. Moga bertemu lagi. Wassalam

Info: Mengenali Selaput Dara

Info: Mengenali Selaput Dara

Salam muhibbah buat para pembaca sekalian. Dalam post kali ini, kami kongsikan maklumat yang menerangkan serba sedikit tentang selaput dara wanita. Teruskan pembacaan anda.
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.
Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara.
Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.
Istilah gadis atau Anak Dara atau Bikir sebenarnya bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin. Walaupun begitu lelaki tetap mempunyai sifat keegoan. Ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak isterinya telah tiada dara.
Sifat ini amat ketara dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Pada malam pertama suami akan dibekalkan oleh ibu si isteri dengan kain putih atau sapu tangan putih. Semasa melakukan jimak buat petama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar.
Darah ini akan dikesat dengan menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya kain itu akan diserahkan kepada ibu isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri tiada bermasalah. Si suami mempunyai zakar yang cukup tegang untuk memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkota kesuciannya sehingga pada ketika itu.
Tanda tersebut amat membanggakan kedua belah keluarga pengantin. Pada masa sekarang adat ini tidak dipraktikan lagi. Banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas.
Mungkin Dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal dan kalau pun ada cuma dari segi kesakitan isteri.
Namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan isteri. Ada juga wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan. Maka kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan
bukanlah merupakan syarat yang sebenar.
BENTUK BENTUK SELAPUT DARA
Selaput dara sebenarnya sukar untuk dikenal pasti oleh seorang lelaki apatah lagi yang belum berpengalaman kerana ia berada bukan betul-betul di pintu faraj tetapi agak sedikit ke dalam. Terdapat pelbagai bentuk selaput dara. Berikut adalah bentuk-bentuk selaput dara bagi menambah pengetahuan:

Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada dara sejak dilahirkan. Sekiranya dara telah terkoyak iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali.
Namun begitu jika seorang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang.

Wednesday, December 7, 2011

7 Tips Mengenali Lelaki Mula Tertarik Pada Si Wanita

7 Tips Mengenali Si Lelaki Mula Tertarik Pada Si Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini Hamka ingin menanyakan satu soalan kepada anda. Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Teruskan membaca artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.

7. Mengambil Berat
Seorang lelaki akan mula mengambil berat kepada orang yang diminatinya. Sedar atau tidak si dia akan mula bertanyakan khabar berita setiap hari, bertanyakan samada anda sudah makan atau belum dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang cukuplah hanya dengan sms untuk bertanyakan khabar.

Sekian post untuk kali ini. Moga bertemu lagi. Wassalam.

Tips : Menghadapi Malam Pertama

Tips Menghadapi Malam Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Selamat datang HAMKA ucapkan ke blog TipsPerkahwinan. Dalam blog ini kami akan membincangkan Tips-tips dalam rumahtangga dan semestinya ia sangat berguna bagi sesiapa sahaja yang akan mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berumahtangga untuk memastikan kebahagiaan dapat tercapai.

Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.

Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.

Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta’ yang secukupnya. Isteri didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.

Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya
Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit. Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara.

Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.

Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.


Kredit: TSI