Panduan mengemas beg hospital anda
Anda sudah berada di bahagian terakhir, hanya beberapa minggu lagi sebelum tiba tarikh bersalin. Sekarang sudah tiba masa untuk mengemas sebuah beg untuk semua keperluan yang akan anda perlukan semasa pelahiran dan selepas bayi anda dilahirkan.
Ianya wajar jika anda siap mengemas beg anda apabila anda mengandung sekitar 36 minggu, supaya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan segalanya semasa peringkat awal kelahiran!
Hospital berlainan mempunyai polisi yang berlainan untuk benda yang boleh anda bawa semasa pelahiran anak anda. Anda mungkin hendak membawa beberapa benda dari rumah, seperti bantal atau kusyen anda, untuk menjadikan persekitarannya lebih berciri peribadi dan kurang klinikal.
Ianya wajar jika anda siap mengemas beg anda apabila anda mengandung sekitar 36 minggu, supaya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan segalanya semasa peringkat awal kelahiran!
Hospital berlainan mempunyai polisi yang berlainan untuk benda yang boleh anda bawa semasa pelahiran anak anda. Anda mungkin hendak membawa beberapa benda dari rumah, seperti bantal atau kusyen anda, untuk menjadikan persekitarannya lebih berciri peribadi dan kurang klinikal.
Semak apa yang dibekalkan oleh hospital dan apa yang boleh anda bawa sendiri, tetapi sedia maklumlah bahawa hospital mungkin kekurangan ruang dan anda mungkin terpaksa menyimpan kesemua bekalan anda di dalam almari kecil di tepi katil anda.
Keperluan semasa peringkat awal pelahiran
Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
· Pelan kelahiran anda.
· Gaun santai atau kain batik -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
· Kasut selipar.
· Stoking -- percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran. Gaun tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
· Balm bibir.
· Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
· Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
· Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
· Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
· Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).
· Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.
· Kelengkapan dandanan diri.
· Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
· Muzik untuk didengar.
Untuk teman pelahiran anda
Suami anda pula akan memerlukan:
· Sepasang pakaian untuk ditukar.
· Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!
Untuk selepas bersalin
Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
· Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!
· Bra menyusu -- dua atau tiga helai.
· Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.
· Kelengkapan dandanan diri.
· Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
· Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.
· Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
· Telefon bimbit anda – serta pengecasnya!
Untuk bayi anda
Si manja akan memerlukan:
· Sebuah kerusi kereta bayi.
· Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
· Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).
· Lampin.
· Sepasang stoking atau buti bayi.
· Topi.
· Kain muslin.
Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal kelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin!
No comments:
Post a Comment