Monday, January 16, 2012

[Tips] Bayi Cirit-Birit Dan Cara Menanganinya

Bayi Cirit-Birit Dan Cara Menanganinya

Masalah cirit-birit selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .
Akibatnya bayi anda mungkin mengalami cirit-birit yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain dari itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.
Apa yang anda perlu lakukan?
Selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lebih ‘lembut’ dengan perut bayi.
Selain daripada itu, anda boleh juga menukar selalu lampin bayi atau bertukar pada lampin kain. Ia lebih baik kerana bayi lebih selesa dan tidak merengsa kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.
Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.
Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya  alirkan air bersih dan lap .
Itu yang anda boleh lakukan ketika anak saya masih kecil setiap kali mereka cirit-birit.
Selamat mencuba! (^_^)Y

>>> TipsPerkahwinan <<< Sertai kami di FB untuk dapatkan lebih tips menarik!!!

2 comments:

  1. Tambahan:

    Susu formula diadun dalam dua jenis,
    1. berasaskan lemak sayur
    2. berasaskan lemak lembu.

    Dalam beberapa kes terdapat bayi yang tidak boleh menerima susu berasaskan lemak sayuran seperti soya. Cirit akan bertambah teruk sekiranya bayi alahan atau langsung tidak boleh menerima soya. Jika keadaan berlarutan sehingga hari kedua atau ketiga, tukarkan kepada susu berasaskan lemak lembu.

    Untuk melihat jenis asas lembu, perhatikan kepada bahan-bahan (ingredient) yang digunakan dalam susu tersebut. Jika terdapat perkataan soya, maka ia adalah berasaskan sayur-sayuran.

    Bahan yang selalunya membuatkan bayi cirit adalah laktosa. Selalunya disarankan untuk menukar kepada susu yang bebas laktosa atau FREE LACTOSE (LF). Terdapat banyak susu jenis LF yang dikeluarkan seperti Dumex LF, Isomil LF atau Similac LF.

    Gunakan susu ini sehingga cirit bebas. Selalunya kaedah ini adalah yang paling berkesan. Disebabkan perut bayi masih diperingkat awal dan pemberian laktosa secara berkala akan menyebabkan perut mudah meragam. Selalunya pemberian susu jenis LF secara purata mengambil masa selama 3-4 hari.

    Penggunaan susu LF adalah mengikut perkadaran. Hari pertama: 1 sudu susu + 2 auns air.
    Hari kedua: 1 sudu susu + 1 auns air.

    Bagi kes cirit yang telah lama (3 - 4 hari cirit), gunakan perkadaran ini:
    Hari pertama: 1 sudu susu + 4 auns air.
    Hari kedua: 1 sudu susu + 2 auns air.
    Hari ketiga: 1 sudu auns + 1 auns air.

    Elakkan dari memberi susu jenis LF lebih daripada 5 atau 6 hari. Kerana susu jenis ini tidak mengandungi gula yang diperlukan untuk memberi tenaga kepada bayi. Selepas 5/6 hari tukar kembali kepada susu formula yang biasa digunakan.

    Seandainya keadaan cirit kembali semula selepas bebas, berikan 1 paket air garam (Oral Salt Dehydration, ORS) dalam satu auns setiap 4jam, berhenti susu formula yang biasa digunakan, dan kembali menggunakan susu LF. Setelah bebas, kembali ke susu formula YANG BARU (jenama lain). Kemungkinan bayi anda tidak sesuai lagi menggunakan susu formula yang sedia ada.

    Perlu diingatkan bahawa susu LF hanya boleh digunakan selama 2 bulan pada tarikh ianya dibuka. Setelah dua bulan sekiranya masih ada, buangkan dan beli yang baru. Kerana susu LF sangat sensitif kepada udara persekitaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks untuk Info tambahan yang besh ni ye! (^_^)Y

      Delete