Tips Memilih Saiz Bra
Bertemu lagi kita. Terima kasih kerana setia bersama Blog TipsPerkahwinan!
Menurut kajian, sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan baju dalam atau bra yang tidak sesuai saiznya. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya pendedahan tentang ilmu atau pengetahuan dalam tatacara memilih pakaian dalam yang sesuai dengan saiz mahkota mereka itu.
KAJIAN dilakukan terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz sesuai untuk payudara.
Lebih memeranjatkan, sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli.
Memahami pentingnya memilih coli yang sepadan, Pengurus Pemasaran Bahagian Pembelian dan Pembangunan Avon Cosmetics, Hanim Sharom memberikan beberapa tip dan panduan mudah untuk wanita ketika memilih pakaian dalam supaya kesilapan kecil yang dilakukan tidak menjejaskan kesihatan mereka.
"Wanita mengalami perubahan fasa di dalam hidup sehingga mengubah perkembangan biologi antaranya perubahan berat badan, proses kehamilan dan ketika haid," katanya.
Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payudara kecil dan tidak kelihatan. Di usia sekitar 10 tahun, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita dan ketika ini pertumbuhan payudara mulai matang.
Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payudara mulai berubah dan mengendur.
Hanim berkata, pemilihan padanan coli yang sesuai saiz payudara dapat membantu memberikan ilusi tubuh lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
"Adalah penting bagi wanita untuk mengenal rupa bentuk dan posisi payudara mereka sama berbentuk bulat, pendulous (jatuh) atau pun kecil atau di dalam posisi normal, jauh juga dekat," katanya.
Bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara, gunakan teknik tiga segi. Jadikan titik puting dan tulang dada sebagai penanda.
Payudara normal adalah untuk ukuran sama antara tiga titik penanda, ukuran rapat jika jarak antara dua titik puting dekat manakala ukuran jauh jika titik yang sama mempunyai jarak yang lebih panjang berbanding jarak antara titik puting dan tulang dada.
"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.
"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.
"Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar," katanya.
Ada juga wanita malu memiliki payudara besar. Avon Intimate tidak terkecuali mencipta sejenis coli yang mampu membuatkan payudara kelihatan satu saiz lebih kecil.
"Dinamakan 'minimizer', coli potongan unik ini direka khas untuk pemilik payudara bulat padat dan besar kelihatan lebih menawan dan cantik terbentuk.
"Perkara yang memalukan jika butang kemeja anda terbuka kerana bahagian berkenaan ketat dan sarat, jadi pemakaian coli 'minimizer' boleh mengelakkan situasi berulang malah kemeja juga terlihat lebih kemas dan selesa di pakai," katanya.
Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.
Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.
"Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama," katanya.
FAKTA:

Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 'T-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan
Payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.
Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.
Payudara posisi rapat
- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).
INFO :

Bagaimana mengukur saiz coli?
Ukur saiz badan
- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli
Saiz badan TAMBAH Saiz coli
Nombor genap 28" +4" 32"
Nombor ganjil 29" +5" 34"
Ukur saiz mangkuk
- Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk bra
Beza SP-SC Saiz mangkuk:
0 A
+1" B
+2" C
+3" D
+4" DD

Sekian. Semoga artikel ini bermanfaat dan berguna untuk kaum hawa. (^_^)Y
No comments:
Post a Comment