Ayat Pengasih Surah Yusuf
Assalamualaikum, salam muhibbah. Dalam post kali ini Admin akan kongsikan Ayat Pengasih dari Surah Yusuf dan Surah Thahaa. Marilah kita amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat : 4 dan Surah Thahaa ayat : 39 seperti di bawah ini. Niatkan supaya pasangan kita sentiasa mengasihi kita kerana Allah, dilembutkan hatinya dan supaya kebahagiaan terus dapat dikecapi hingga ke Syurga.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah dan bagi yang belum lagi, ayuh amalkannya. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak supaya mereka hormati kita sebagai ibu bapa mereka sebagai tambahan kepada Ayat penunduk Dari Surah Thahaa (Ayat 1-6). Dan juga sesuai dalam hubungan keluarga dan sahabat handai. Insya-Allah.
Surah Yusuf ayat : 4
Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.
Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39
Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.
Caranya :
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Sekian. Semoga post kali ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba! (^_^)Y
No comments:
Post a Comment