Saturday, December 17, 2011

Cinta: Kisah Si Jejaka dan Si Gadis

Kisah Si Jejaka dan Si Gadis

Suatu hari si jejaka memberanikan diri menegur si gadis yang sudah lama diperhatikannya. Si gadis yang lemah-lembut lakunya, manis elok tutur bibirnya, sopan santun budi pekertinya, cantik manis paras rupanya, tertutup kemas saduran hijabnya.
Si Jejaka:Emm... awak, boleh berkenalan, dah lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam...Emm, maaf! Saya *hamba ALLAH* (dengan nada menggelabah). Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan siapa-siapa…

Si Jejaka: Boleh tak kita berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta. Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati ayah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalui family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah. Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak. Mencintai tidak semestinya memiliki. Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:terima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam...♥♥  awak, saya pegang kata-kata awak ini. Jika memang tersurat untuk kita bertemu, saya akan cari awak suatu masa apabila saya sudah bersedia kelak!
Si gadis:Ya, saya berpegang dengan kata-kata saya tadi. (Dengan hati yang mula menguntum riang, sedang hatinya mula tertarik pada si jejaka yang sebenarnya dia juga perhatikan; elok kemas paras rupa, baik pula akhlaknya)
***
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Si Jejaka tersebut masih memegang kata-kata Si Gadis sewaktu pertemuan mereka kali pertama. Si jejaka kini sudah bekerja dan sudah mula menyimpan sejak 3 tahun yang lalu, iaitu semenjak pertemuan si jejaka dengan si gadis buat kali pertama itu.
Akhirnya si jejaka itu pun berjumpa dengan kedua-dua orang tua si gadis tersebut bertujuan bertanyakan khabar si gadis tersebut sambil menanyakan si gadis sudah berpunya atau tidak. Si jejaka menceritakan kisah pertemuan mereka 3 tahun yang lalu. Ayah si gadis tersebut hanya tersenyum seraya berkata: “Anak, puteri pakcik, Siti Aisyah pernah menceritakan kisah kamu berdua ini 3 tahun yang lalu. Selepas dia menceritakan kepada pakcik, pakcik terus lakukan Solat Istikharah. Malam itu pakcik bermimpi dan terbayangkan wajah seseorang. Walaupun pakcik tidak kenal siapa orangnya, tapi pakcik cam wajahnya. Pakcik yakin, Allah SAW berikan petunjuk dan panduan buat pakcik.”
“Anak, pakcik tak sangka pakcik akan bertemu kamu hari ini!”
“Mengapa pakcik?”, soal si jejaka.
Lantas pakcik itu menjawab, “Kamulah yang berada dalam mimpi pakcik 3 tahun yang lalu! Dan pakcik juga ternanti-nanti siapakah gerangannya yang hadir dalam mimpi pakcik. Pakcik dengan rasa terharu menerima pinangan anak bagi pihak puteri pakcik, Siti Aisyah...”
Si gadis yang tidak sengaja mendengar perbualan ayahnya tersenyum sipu dan hatinya berbunga-bunga. Lama dia menanti saat itu...


*Wahai Srikandi...
KETEGASANMU umpama BENTENG NEGARA & AGAMA, dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya, wahai PUTERIKU SAYANG..kau bunga terpelihara..mahligai Syurga itulah tempatnya...*

Hasil nukilan,
Persatuan Penulis Johor

No comments:

Post a Comment