Sunday, December 25, 2011

Soal Jawab: Isteri Pura-pura Puas

Soal Jawab: Isteri Pura-pura Puas

S: Seorang wanita berusia 20-an dan baru setahun berkahwin mengadu tidak pernah kenal erti klimaks hingga terpaksa berpura-pura demi memuaskan suami. Apa yang berlaku sebenarnya?

J: Tindak balas rangsangan seksual wanita tidak sama dengan lelaki dan berbeza juga antara sesama wanita.

Jika wanita yang menghayati rangsangan seksual tidak sampai ke kemuncak rangsangan, dia tidak rasa apa-apa perubahan kepada dirinya, menyebabkan dia berlakon atau berpura-pura seperti wanita yang mencapai klimaks, mengikut kefahamannya.

Mengikut kajian rambang yang pernah dilakukan di negara membangun, 25 peratus (%) wanita berpura-pura mencapai klimaks dan saya pasti bilangan wanita Malaysia mungkin lebih daripada itu dan perlakuan itu bukan luar biasa!

Secara semula jadi, apabila wanita mengalami rangsangan seksual, anggota kelaminnya bergelora dan bahagian yang sensitif kepada sentuhan seperti bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil atau ‘vestibule’ (semua ini dikenali sebagai ‘vulva’) dan bahagian atas faraj (yang mengandungi G-spot) turut terangsang apabila tersentuh.

Apabila sentuhan itu sangat merangsangkan, wanita itu sampai ke kemuncak rangsangan, yang mana bahagian pembukaan faraj mencengkam, bahagian dalam faraj mengembang dan serviks menurun di penghujung faraj dan bergetar.

Proses ini berlaku sekelip mata dan jika wanita itu berkehendakkan rangsangan diteruskan, dia akan mencapai klimaks sama untuk beberapa kali atau ia terhenti dengan keadaan wanita itu rasa puas.

Ada kalanya rangsangan G-spot membawa kepada ejakulasi untuk wanita itu dan ia mungkin keluar secara pancutan atau meleleh.

Jika wanita itu mencengkam otot lantai pelvis (otot kemut) ketika dia berasa seperti hendak kencing (sebenarnya perasaan awal klimaks), ejakulasi tidak berlaku atau cecair pekat keluar secara meleleh.


p/s: Suami haruslah bertanggungjawab atas perkara sebegini. Suami perlulah mengenalpasti punca permasalahan dan cuba untuk membetulkan keadaan. Suami perlu juga mempelajari teknik-teknik berkesan bagaimana untuk memberikan kepuasan hubungan bersama isteri supaya kebahagiaan kedua-duanya terjamin. Sekiranya si suami perlu mendapatkan rawatan, tidak perlu gusar atau malu, jumpalah doktor pakar bagi menyelesaikannya.


***

Dapatkah lebih Tips-tips menarik di Fanpage Facebook kami: http://facebook.com/tipsperkahwinan

No comments:

Post a Comment