Monday, December 26, 2011

14 Tips Memilih Calon Suami

14 Tips Memilih Calon Suami

1)      Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
2)      Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
3)      Baik akhlaknya, seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
4)      Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruah agama, diri dan kredibilitinya.
5)      Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
6)      Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
7)      Menjaga mata dan pandangannya dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
8)      Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
9)      Mempunyai rakan pergaulan yang baik dan positif. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama pemikiran, sama-sama mengamalkan amal makruf, nahi mungkar.
10)   Bertanggungjawab. Lihatlah bagaimana hubungan dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
11)   Pandai menghormati orang yang lebih tua, tidak kira ibu bapanya atau orang lain.
12)   Tidak panas baran atau suka marah-marah tidak tentu hala. Lihatlah ketika bercinta atau baru berkenal-kenalan. Jika si dia suka memarahi atau memukul sesuka hati, keadaan akan menjadi lebih parah selepas anda kahwin nanti.
13)   Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. Tidak perlu mencari terlalu kacak/cantik, asalkan sedap mata memandang dan baik budi pekertinya.
14)   Last but not least, mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tersedia diketahui akan kebaikan akhlaknya.
Sekian dahulu untuk post kali ini. Tips-tips yang diberikan ini hanyalah sebagai panduan. Tidak semestinya anda wajib mencari kesemua ciri-ciri di atas baru anda mahu melangsungkan perkahwinan! Kita boleh berusaha dan memilih calon yang terbaik, walaupun kita tahu jodoh itu ketentuan Allah SWT. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, tetapi tidak salah kita mencari kesempurnaan. Wallahu’alam.

p/s: Tips ini juga sesuai juga digunakan oleh lelaki untuk memilih calon isteri.

"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat" 



Dapatkan Tips-tips dengan menyertai Fanpage kami di Facebook


No comments:

Post a Comment