Wednesday, December 28, 2011

Sketsa Cinta

2 orang sahabat baik bertemu di suatu tempat rekreasi. Mereka sudah agak lama tidak bertemu. Secara tiba-tiba sahabat A terfikir untuk bertanya tentang khabar angin yang didengarinya tentang sahabat B.

Sahabat A: " Aku dengar, lelaki yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau. "
Sahabat B: " Ya."
Sahabat A: " Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun? "
Sahabat B: " Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. "

6 Lokasi Sentuhan Yang Disukai Isteri

6 Lokasi Sentuhan Yang Disukai Isteri

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Dalam post kali ini Hamka kongsikan tempat-tempat yang disukai oleh isteri untuk suami belai. Selain sentuhan, wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium. Berikut ini enam bahagian tubuh tersebut,

1. Telinga

Telinga kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido atau keinginan wanita.

2. Belakang Leher

Salah satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak. Sebagai contoh saja ketika dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.

3. Wajah

Semasa mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.

4. Tulang Selangka

Semasa pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.

5. Punggung

Anda tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda ingin datangi.

6. Payudara

Mencium payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu.



Dapatkan tips-tips kebahagiaan anda di sini >>> TipsPerkahwinan <<<

Monday, December 26, 2011

10 Tips Menjalinkan Hubungan Intim Bersama Suami

10 Tips Menjalinkan Hubungan Intim Bersama Suami

1. Beri kejutan pada suami. Anda boleh menyambut suami di depan pintu kamar hanya dengan memakai bra dan panty yang transparent. Semburkan wangian yang disukainya ke tubuh anda hingga membuatnya ghairah.
2. Bisikkan di telinganya agar dia memejamkan mata dan katakan bahwa anda mempunyai kejutan malam ini yang khusus untuknya.

3. Ajaklah pasangan anda mandi bersama dan sabunilah tubuhnya dengan sabun cair. Gunakan sponge halus untuk membelai tubuhnya. Berikan sentuhan yang paling intim.

4. Berbual mesralah bersama pasangan anda dengan kata-kata yang berahi. Suara yang manja dan beraksi ghairah akan membuatkan pasangan anda semakin tidak sabar.

5. Berbaringlah di atas ranjang sambil menunggu pasangan keluar dari kamar mandi. Jangan pakai apa-apa, kecuali baju tidur yang transparan dan seksi.

6. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan, lalu ikat pergelangan tangannya dengan selendang lembut, sehingga dia tidak dapat melepaskan diri. Bisikkan bahwa anda ingin memulai permainan yang luar biasa untukknya.

7. Katakan pada pasangan kalau akhir-akhir ini ini dia sering menolak diajak ‘bersama’, untuk itu anda akan menghukumnya dengan memukul manja bahagian sensitifnya.

8. Jangan biarkan pasangan anda mencapai ejakulasi sebelum anda mencapai orgasme pertama. Buatlah pasangan anda semakin berahi dan bersemangat agar melakukan pemanasan atau foreplay lebih lama.

9. Katakan kepadanya fantasi-fantasi seksual kegemaran anda. Fantasi yang belum pernah anda katakan pada siapa saja sebelumnya dan katakan anda inginkan darinya.

10. Siapkan sesuatu yang seksi di dalam tas kerjanya setiap hari. Pastikan hanya pasangan anda sahaja yang boleh nampk. Pilihlah benda yang mampu mengingatkannya akan ghairah anda yang menggelora dan tulisan rayuan manis anda yang membuat si dia lebih terangsang. Sertakan juga bekas lipstik ciuman anda. Pasti pasangan anda balik kerja awal!

Selamat mencuba!



Dapatkan tips-tips menarik dari Fanpage Facebook kami: >>> TipsPerkahwinan <<<

14 Tips Memilih Calon Suami

14 Tips Memilih Calon Suami

1)      Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
2)      Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
3)      Baik akhlaknya, seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
4)      Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruah agama, diri dan kredibilitinya.
5)      Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
6)      Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
7)      Menjaga mata dan pandangannya dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
8)      Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
9)      Mempunyai rakan pergaulan yang baik dan positif. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama pemikiran, sama-sama mengamalkan amal makruf, nahi mungkar.
10)   Bertanggungjawab. Lihatlah bagaimana hubungan dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
11)   Pandai menghormati orang yang lebih tua, tidak kira ibu bapanya atau orang lain.
12)   Tidak panas baran atau suka marah-marah tidak tentu hala. Lihatlah ketika bercinta atau baru berkenal-kenalan. Jika si dia suka memarahi atau memukul sesuka hati, keadaan akan menjadi lebih parah selepas anda kahwin nanti.
13)   Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. Tidak perlu mencari terlalu kacak/cantik, asalkan sedap mata memandang dan baik budi pekertinya.
14)   Last but not least, mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tersedia diketahui akan kebaikan akhlaknya.
Sekian dahulu untuk post kali ini. Tips-tips yang diberikan ini hanyalah sebagai panduan. Tidak semestinya anda wajib mencari kesemua ciri-ciri di atas baru anda mahu melangsungkan perkahwinan! Kita boleh berusaha dan memilih calon yang terbaik, walaupun kita tahu jodoh itu ketentuan Allah SWT. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, tetapi tidak salah kita mencari kesempurnaan. Wallahu’alam.

p/s: Tips ini juga sesuai juga digunakan oleh lelaki untuk memilih calon isteri.

"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat" 



Dapatkan Tips-tips dengan menyertai Fanpage kami di Facebook


9 Tips Elak Penceraian

9 Tips Elak Penceraian

1)    Komunikasi dua hala
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

2)    Keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.

3)    Menerima pasangan seadanya

Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri.

Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaan persepsi, wwasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

4)    Jangan biasakan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang denga pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

5)    Jangan cemburu berlebihan/membuta  tuli

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami kelaur berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa ertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

6)    Hindari kecurangan

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangn kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

7)    Cari orang tengah

Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suamiisteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

8)    Tetap mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

9)    Pasrah kepada yang Esa

Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Sekian untuk post kali ini. Moga bertemu lagi. Wassalam.


Sertai kami di Facebook: TipsPerkahwinan

Sunday, December 25, 2011

25 Sebab Utama Suami Marah atau Naik Angin

25 Sebab Utama Suami Marah atau Naik Angin

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar contohnya. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan..."


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. Lebih-lebih lagi orang yang tidak disukai suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak
nih.."


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..". Sepatutnya, mintalah tolong elok-elok dengan panggilan manja! Pasti suami tidak kisah membantu.


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!"


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."


DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."


Dapatkan Tips-tips menarik di Fanpage kami: http://facebook.com/tipsperkahwinan

Info: Rahsia Lelaki Yang Perlu Isteri Tahu

Rahsia Lelaki

1) Mengapa lelaki selalu kata hendak telefon tapi tidak ada pun?
Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pula; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat. Aku akan call bila betul-betul free. Itulah tanda aku sayangkannya!

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!


2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.


3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!



Soal Jawab: Isteri Pura-pura Puas

Soal Jawab: Isteri Pura-pura Puas

S: Seorang wanita berusia 20-an dan baru setahun berkahwin mengadu tidak pernah kenal erti klimaks hingga terpaksa berpura-pura demi memuaskan suami. Apa yang berlaku sebenarnya?

J: Tindak balas rangsangan seksual wanita tidak sama dengan lelaki dan berbeza juga antara sesama wanita.

Jika wanita yang menghayati rangsangan seksual tidak sampai ke kemuncak rangsangan, dia tidak rasa apa-apa perubahan kepada dirinya, menyebabkan dia berlakon atau berpura-pura seperti wanita yang mencapai klimaks, mengikut kefahamannya.

Mengikut kajian rambang yang pernah dilakukan di negara membangun, 25 peratus (%) wanita berpura-pura mencapai klimaks dan saya pasti bilangan wanita Malaysia mungkin lebih daripada itu dan perlakuan itu bukan luar biasa!

Secara semula jadi, apabila wanita mengalami rangsangan seksual, anggota kelaminnya bergelora dan bahagian yang sensitif kepada sentuhan seperti bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil atau ‘vestibule’ (semua ini dikenali sebagai ‘vulva’) dan bahagian atas faraj (yang mengandungi G-spot) turut terangsang apabila tersentuh.

Apabila sentuhan itu sangat merangsangkan, wanita itu sampai ke kemuncak rangsangan, yang mana bahagian pembukaan faraj mencengkam, bahagian dalam faraj mengembang dan serviks menurun di penghujung faraj dan bergetar.

Proses ini berlaku sekelip mata dan jika wanita itu berkehendakkan rangsangan diteruskan, dia akan mencapai klimaks sama untuk beberapa kali atau ia terhenti dengan keadaan wanita itu rasa puas.

Ada kalanya rangsangan G-spot membawa kepada ejakulasi untuk wanita itu dan ia mungkin keluar secara pancutan atau meleleh.

Jika wanita itu mencengkam otot lantai pelvis (otot kemut) ketika dia berasa seperti hendak kencing (sebenarnya perasaan awal klimaks), ejakulasi tidak berlaku atau cecair pekat keluar secara meleleh.


p/s: Suami haruslah bertanggungjawab atas perkara sebegini. Suami perlulah mengenalpasti punca permasalahan dan cuba untuk membetulkan keadaan. Suami perlu juga mempelajari teknik-teknik berkesan bagaimana untuk memberikan kepuasan hubungan bersama isteri supaya kebahagiaan kedua-duanya terjamin. Sekiranya si suami perlu mendapatkan rawatan, tidak perlu gusar atau malu, jumpalah doktor pakar bagi menyelesaikannya.


***

Dapatkah lebih Tips-tips menarik di Fanpage Facebook kami: http://facebook.com/tipsperkahwinan

Puisi: Lelaki Idaman

Puisi: Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...

Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...

Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...

Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...

Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya..



***

Dapatkan lebih tips di Fanpage Facebook kami: http://facebook.com/tipsperkahwinan

Info: Maklumat Yang Perlu Anda Tahu Tentang Payudara

Info: Maklumat Yang Perlu Anda Tahu Tentang Payudara

Apa yang dipandang oleh lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah tentu bahagian dada bukan! Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui denga jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Oleh itu, pada kali ini Admin akan senaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.

Ukuran berbeza
Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.

Boleh diperbesarkan
Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oeh faktor genetic dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.

Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.

Coli berkawat bahaya
Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan menambahkan risiko mendapat kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara sehingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.
Sebenarnya tiada hubungan dengan bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk peyudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.

Besar lebih seksi
Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara yang besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki hanya tertarik pada dada mereka sahaja dan bukannya pada bahagian lain.

Bayangkan setiap berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah itu saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.


Silikon menyebabkan kanser
Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silicon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silicon. Silicon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar x untuk mendapat hasil dengan lebih tepat.

Tetap tegang
Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Kekencangan payudara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya ialah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan! Jadi payudara akan tetap akan menjadi kurang elastis, apa lagi jika anda seorang yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi menyokong payudara.


Sertai Fanpage kami di Facebook: http://facebook.com/tipsperkahwinan


Kredit: TSI