Meletakkan Anak Patung Bawah Kereta Amalan Syirik?
Assalamualaikum dan salam muhibbah! Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh mereka yang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah, mafhumnya:
"Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud:
“Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar ia telah mensyirikkan Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa Syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam
>>> TipsPerkahwinan <<<
No comments:
Post a Comment