Kaedah Berbengkung dan Pantang Larangnya
Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu.
Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.
Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.
Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.
Dimanakah mendapatkan bengkung?
Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Kini, anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu.
Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
· 1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
· 2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
· 3. Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.
Pemakaian sempurna
Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).
Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.
Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

· Lapitlah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
· Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
· Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.
Faedah berbengkung
"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar."
Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
· mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
· melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
· mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
· menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
· memecahkan lemak dan selulit;
· mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.
Sekian dahulu post untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat para pembaca sekalian. Moga bertemu lagi. Wassalam.
Fanpage kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<
Fanpage kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<
No comments:
Post a Comment