Saturday, January 14, 2012

[Tips] Membeli Baju Hamil

Tips Beli Baju Hamil

Tentu anda ingin kelihatan menarik ketika sepanjang tempoh hamil. Kadang agak sukar bila baju semakin ketat dan kewangan anda 'ketat'. Biasanya baju-baju untuk ibu hamil agak mahal. Dan kita pula hanya akan pakai beberapa bulan sahaja.

Semasa hamil anak sulung saya banyak beli baju di kedai pakaian ibu hamil, harganya memang agak mahal. Namun sekarang saya dapati pilihan semakin banyak dan harga berpatutan. Dahulu sukar untuk cari baju mengandung untuk muslimah, berlengan panjang. Saya beli juga dress tanpa lengan, kemudian padankan dengan baju berlengan panjang di dalam. Ada kala tidak cukup labuh , saya ni kira tinggi sedikit. Jadi bile perut makin membesar dah jadi singkat.

Ada tip mengatakan cukup hanya ada 3 pasang baju sahaja. Namun, adakah anda ingin memakai baju yang sama selang beberapa hari. Jika tiada masalah, anda boleh teruskan. Namun biasanya naluri perempuan ingin kelihatan cantik dan jika pakai baju yang sama boleh mempengaruhi mood kita terutama yang bekerja. Pagi-pagi termenung depan almari nak pakai baju apa hari ini. Rasa kurang berkeyakinan pula, terasa macam orang mengata asyik baju sama walaupun sebenarnya orang tidak mengata!

Tip-tip untuk berjimat
 

- Anda boleh padan dan suai beberapa helai pakaian anda. Contohnya ada 2 helai seluar panjang, skirt, baju dress, jaket atau skaf/pashmina berwarna plain dan 2 blaus. Jadi suai padankan untuk mendapat pelbagai gaya. Boleh pakai dress sahaja atau dipadankan dengan jaket atau skaf. Atau blaus padan dengan seluar atau skirt.

- Anda juga boleh beli pakaian yang masih boleh digunakan selepas bersalin. Contohnya seluar atau skirt yang mempunyai jerut dipinggang. Jadi anda boleh kecilkannya.

- Pakai baju sedia ada. Anda boleh beli sangkut yang mempunyai kain bagi menyambung seluar atau kain anda agar muat anda memakainya. Untuk mereka yang memakai baju kurung pesak, baju ini biasanya agak besar. Jika mengandung masih boleh memakainya, Cuma perlu tambah sangkut kain pada kain untuk sambung agar kain masih boleh dipakai
- Pinjam baju kawan atau adik-beradik anda. Adik saya pun pinjam baju dan seluar saya . Sekarang saya mengandung, minta semula. Buruk siku

- Untuk pakaian di rumah, anda mungkin boleh pakai sahaja baju suami anda yang berbadan besar dan muat untuk anda. Aha, saya pernah pakai baju suami, nanti anak saya tanya kenapa mama pakai baju daddy.

Sumber: Nonakudotcom

No comments:

Post a Comment