Showing posts with label gurau senda. Show all posts
Showing posts with label gurau senda. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

[Gurau] SURAT CINTA SEORANG ROCKERS UNTUK AWEKNYA

SURAT CINTA SEORANG ROCKERS UNTUK AWEKNYA


 
Salam awekku,
...

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentanglu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.
Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua yg gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayelah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati
[nk gelak bila baca...haahha..rockers cmnie ea..dlm hati ade taman..]

Saturday, January 28, 2012

[Fakta] Tahukah Anda? ---> Lucu

[Fakta] Tahukah Anda?  ---> Lucu

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar dan orang yang sedang makan lempeng pula boleh menempeleng orang yang yang juga makan lempeng!

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda satu-satunya orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Namun, menurut kajian, Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Saturday, January 21, 2012

Sekadar Renungan...

Sekadar Renungan.

Seloka Bangsa Kita

Bila Melayu berhari raya
Penuh sesak pasaraya
Orang kita suka bergaya
Orang lain kaya raya.....
Bengkel kereta banyak pelanggan
Kereta berlanggar sepanjang jalan
Bertambah hasil kerajaan
Polis, JPJ banyak kutipan....
Kalau raya Cina sekali sebulan
Semakin teruk keadaan
Di pasar tak ada sayur dan ikan
Takut-takut mati tak makan...
Deepavali hari besar
Pekedai buku tentulah sukar
Takut lumpuh syarikat akhbar
Orang India jadi pengedar...
sekian sekadar nukilan untuk tatapan......:)


Saturday, January 14, 2012

[Lucu] Aktiviti WAJIB Semasa Zaman Kanak-kanak

[Lucu] Aktiviti WAJIB Semasa Zaman Kanak-kanak


Sape pernah buat salah satu benda-benda kt bwh ni masa kecik-kecik :

1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf M
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati..
9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah...


p/s: gelak kan bila bace semua kat atas ni? Kalau pernah buat, tinggalkan komen kat sini ye..huhu...:))

Friday, January 13, 2012

[Gurau Petang] Burung Spesial


Burung Spesial


Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah special..

Si isteri bertanya..pada si suami..
...

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni special..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, cerdik sungguh..!!! "

Monday, January 9, 2012

Kalaulah Hantu Ada Akaun Facebook!

KALAULAH HANTU ADA FB...
 
 
APA STATUS DIORANG EK ...???
MEH KITA TENGOK :)

*pocong= "penat la seharian lompat sini, lompat sna . sesekali nak jugak naik monorel".
...
...
*langsuir= "aarrrhh.. balik awal la malam ni. mengantuk la... lagipon suara dah serak mengilai tadi".

*pelesit= "tak puas hati betul aku dengan manusia ni . diaowg yang merempit kita pulak dapat nama . pelesit jalanan la . jahat macam pelesit la. tensen!! ".

*toyol=" apa punya orang kaya daa... rumah je besar diut seposen haram pon xda .. jatuh maruah aku ".

*hantu raya= "yaahhooo ! tuan aku out station 3bulan. bini dia tinggal, suruh pulak aku jaga.. xkna tengok ja kot?"

*pontianak= "hari ni hari paling bahagia sbb dapat berlakon dgn lisa surihani. tunggu cerita kami dipawagam.. k guys!"

*hantu galah= " kurang hajau punya toyol! kau hack akaun aku ye. macam mana kau tahu password aku hah?!"
 
 
 
Hehe..Gurau-gurau je ye..=)


Monday, January 2, 2012

Gurau Petang: Dik...Kira!


Situasi di Kedai Makan Mak Limah!
No komen????


BOY : Dik! kira dik...
DIK : Makan apa bang?
BOY : Nasi goreng biasa dengan ais kosong
GIRL : Saya punya nasi goreng thai dengan fresh orange.
DIK : Sekali ka bang?
BOY : Tak tak, asing-asing.
GIRL : Awk ni tak gentlemen langsung...
BOY : Laaa bila masa saya kata nak belanja awak makan?
GIRL : Memang la awak x cakap. tapi boyfriend kan kena belanja girlfriend dia.
BOY : Siapa cakap kena buat mcm tu?
GIRL : Tak ada orang cakap tapi dah itu kan kebiasaan. Lumrah. Semua couple macam tu la.
BOY : Owh... Kalau mcm tu saya ni luar biasa sikit la. Awak bukan tanggungjawab saya lagi. Habiskan duit untuk awak beribu-ribu pun belum tentu awak akan kahwin dengan saya lagi.
GIRL : .......
p/s: Kesimpulannya disini, nak lebih-lebih tunggu dah ada ikatan sah sebagai suami isteri ye...=) emm..yang lelaki tu pula, janganlah kedaung sangat sampai tu pun tak nak belanja...
Hehe..Moga bertemu lagi..