Tuesday, September 11, 2012

Saturday, August 11, 2012

[Penting Raya] Lokasi Speed Trap / Perangkap Had Laju!

[Penting Raya] Lokasi Speed Trap / Perangkap Had Laju!



Berikut antara lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yg telah dipasang oleh pihak PDRM:

=> PLUS Arah Utara <=

■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

=> PLUS Arah Selatan <=
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

=> Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara <=
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

=> Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan <=
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

=> NKVE Arah Timur/Utara <=
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

=> NKVE Arah Barat/Selatan <=
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

=> Lebuhraya Kesas Timur <=
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

=> Leburaya Pantai Timur <=
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

=> Kawasan Negeri Johor Arah Selatan <=
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

=> Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara <=
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

=> Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan <=
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

=> Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara <=
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

=> Kawasan Perak Arah Selatan <=
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction

p/s: hati-hati di jalan raya,ingatlah orang yang tersayang....

Wednesday, June 6, 2012

SIKAP ISTERI YANG BUAT SUAMI SENGSARA


SIKAP ISTERI YANG BUAT SUAMI SENGSARA



Seorang isteri bukan hanya sekadar pendamping suami seumur hidup. Peranan mereka lebih besar dari itu. Namun suami boleh jadi sengsara jika punyai isteri yang bersikap sebegini..

1•» SUKE BERLETER

Sikap ini memang dah sinonim dengan wanita lebih-lebih lagi yang dah berumahtangga kan..?

Isteri yang suka berleter ni, bukan aje berleter dengan anak-anak tapi juga pada suami mereka. Mereka sering tak puashati dengan apa jua perkara yang dilakukan suami. Seolah-olah serba serbi tak kena, baik soal penampilan, kerja mahu pun layanan pada pasangan.

Isteri macam ni tak akan malu mendedahkan kelemahan suami pada rakan mahupun jiran tetangga. Dia juga begitu terbuka duk bandingkan suami sendiri dengan lelaki lain. Dia tak fikir yang tindakannya itu hanya membuka pekung di dada sendiri.

Isteri macam ni selalunya mementingkan diri sendiri dan kurang sabar. Dia nak segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan terutama bila ia berkait dengan keinginan @ kemahuannya sendiri.

Bagi mencari hiburan, si suami lebih senang berada di luar rumah. Ada yang sanggup melepak bersama rakan di kedai-kedai kopi hingga larut malam. Lebih teruk lagi jika ada suami yang mencari kedamaian hati dengan berdampingan dengan wanita lain.

2•» QUEEN CONTROL

Isteri ini seorang yang gila kuasa dan mahu mengawal segalanya. Dia melayan suaminya seperti tawanan atau sebagai anak-anak kecil. Dia mahu semua keputusannya suami ikut. Dia juga nak kontrol semua perbelanjaan keluarga walhal bukan dia pun yang duk cari nafkah. Setiap awal bulan je, dia akan mintak semua duit gaji suami. Dia akan kawal segala-galanya.

Suami ini tak ada langsung peluang untuk memajukan diri kerana asyik dalam cengkaman isterinya. Mungkin juga si suami ini akan jadi bahan ketawa dan gurauan di kalangan rakan-rakan sekeliling.

3•» GEMAR BERSOSIAL

Isteri sebegini suka bergaya dan sentiasa nak cantik jerrrrr.. Kewajipan utamanya bukan pada urusan rumahtangga tapi sebaliknya, macam bersama tema-teman ke, majlis-majlis keramaian atau membeli belah. Dia tak ambik peduli hal rumahtangga termasuklah hal makan minum suami dan anak-anaknya.

Dia sanggup balik rumah lewat-lewat malam tanpa pedulikan keadaan suami dan anak-anak di rumah. Dalam hal ni sah-sah le si suami yang jadi mangsa uruskan segala hal ehwal rumahtangga termasuklah makan minum anak-anak.. terbalik sudahhhhhh.. Lintang pukang la rumahtanggan kalau camni kan..???

P/S : Moga kita menjadi seorang ISTERI yang disayangi, dicintai, dikasihi oleh suami kita. Apa yang baik kita jadikan teladan, apa yang buruk kita jadikan sempadan.

Wednesday, May 2, 2012

Hebak Mung Orang Ppuang!! by Ustaz Azhar Idrus

Hebak Mung Orang Ppuang!! by Ustaz Azhar Idrus  



ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berj...emooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...

*hebak mung orang ppuang ... :)

Ustaz Azhar Idrus

Thursday, April 26, 2012

Kahwin Awal dan Persoalannya


Kahwin Awal dan Persoalannya



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Hukum Menonton Laman Web Lucah Untuk Elak Zina


Hukum Menonton Laman Web Lucah Untuk Elak Zina




Soalan :

Saya adalah seorang pelajar yang belajar di Amerika Syarikat. Di sini terlalu banyak godaan yang menggugat hawa nafsu. Jikalau kami pelajar disini diberi kebenaran untuk berkahwin, sudah lama saya kahwin. Namun, seperti ditetapkan oleh penaja, kami dilarang membuat hal sedemikian.

Saya secara jujur adalah seorang yang mempunyai iman yg lemah dan berpenyakit. Apabila saya buat something yg salah, selalu saja akn memohon maaf, namun tidak dapat mengelak dari perbuatan itu lagi.

Persoalan saya, memandangkan saya sedang dalam umur remaja, apakah salah sekiranya saya melihat laman web lucah kerana dengan cara inilah saya boleh mengelakkan diri saya dari melakukan seks/zina dngan orang lain? cbaran dan dugaan menetap di AS ini sangatlah besar, namun saya khuatir saya tidak dpt menanganinya. Saya tahu hukum menonton perkara sebegitu adalah haram, namun itulah jalan penyelesaian yg saya boleh ambil setakat ini.

Saya sebelum ini sudah berusaha untuk mencegah perkara ini dgn melakukan puasa, solat sunat, membaca al quran, namun semuanya tidak kekal lama. Saya terdorong untuk membuat perkara sedemikian. Jikalau di Malaysia, sekurang-kurangnya saya masih boleh elak perkara ini, namun tidak di sini.
Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..

Jawapan :

Apa yang saudara lakukan adalah ibarat , lari dari mulut naga , tetapi masuk pula ke mulut singa.Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sia-sia dan merugikan sahaja.

Sebenarnya , perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan saudara kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina.Apatah lagi dengan menonton filem lucah.

Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap.Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam.Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah swt.