Wednesday, December 14, 2011

6 Tips Mendapatkan Kepuasan Dalam Hubungan Intim

6 Tips Mendapatkan Kepuasan Dalam Hubungan Intim

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Post kali ini agak menarik. Hamka akan kongsikan tips untuk mendapatkan kepuasan maksimum dalam hubungan intim. Peringatan sekali lagi, post ini Hamka tulis hanya untuk yang sudah berkahwin! Hamka tidak mahu bertanggungjawab sekiranya ia disalahgunakan. Ayuh, teruskan bacaan anda. Berikut adalah tips-tips yang berkesan:
1. Jangan setengah jalan
Sekali sudah bermula berlayar, jangan pula anda berhenti ditengah jalan. Jika tak mampu untuk meneruskan cuba perlahankan sedikit, yang penting tidak berhenti terus supaya momentum tidak hilang. Anda sepatutnya menyediakan diri anda dengan baik sebelum ‘bermula’.

Ini kerana jika berhenti, terutamanya perempuan, ini akan membuatkan mereka kembali kepada keadaan di awal pelayaran. Seolah-olah anda telah menekan butang ‘reset’. Apa lagi, ini bermakna anda perlu untuk menghangatkannya kembali kemudi pelayaran anda.

2. Kesempurnaan

Cuba untuk melakukan sesempurna yang mungkin. Jangan ada insiden yang mungkin kelakar dan biasanya perempuan tidak suka unsur-unsur kelakar ketika melakukan aktiviti ini. Pakaian hendaklah ditanggalkan dengan sempurna secara perlahan-lahan dan perlulah berhati-hati supaya tidaklah tersangkut dikepala atau dimana-mana.

Insiden seperti itu mungkin boleh mencacatkan suasana romantis. Pastikan semuanya ditanggalkan untuk memastikan ‘misi penting’ dapat dilakukan dengan sempurna.

4. Kuasa Ciuman

Dengan ciuman yang dilakukan secara perlahan-lahan ditempat-tempat sensitif, pelayaran anda akan dirasakan lebih hangat. Ia diumpamakan seperti ‘warm up’. Ciumlah isteri/suami anda perlahan-lahan seperti di belakang telinga, hembuskan perlahan-lahan (bukan tiup!), belakang leher, dada, celah paha, betis dan xxx tanpa rasa segan silu.

3. Kuasa Urutan

Tips seks yang seterusnya ialah keperluan untuk melahirkan suasana yang tenang dan santai kepada pasangan. Tindakan yang rakus tidak akan membantu. Urutan lembut dengan menggunakan jari jemari adalah lebih elok. Ada isteri yang suka anda garukan kuku perlahan-lahan di tempat-tempat sensitif. Ini akan menghasilkan rasa sensasi dalam pelayaran anda.

Dan jangan pula sesekali menggunakan siku atau kaki, silap-silap berperanglah pulak. Tindakan perlu dilakukan dengan perlahan, untuk hasil yang optimum.

4. Tidak Terlalu Keras
     
Perlulah diingat bahawa aktiviti ini bukan merupakan satu pertandingan. Sebaliknya lakukanlah akiviti ini dengan penuh rasa hormat serta sentiasa mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap pasangan anda.

5. Tidak Bercakap Banyak

Elakkan terlalu banyak bercakap semasa mengadakan aktiviti ini. Seeloknya, gunakan body language untuk berinteraksi dengan pasangan dan biasanya pasangan tentu mengerti apa yang dimaksudkan seperti senyum, kenyitkan mata anda dan lain-lainnya.

Oleh itu jangan sesekali menjadi seperti seorang jurulatih sebuah pasukan bola sepak atau ketua platun kawad yang menggunakan arahan-arahan yang keras. Sentiasalah berlembut dengan pasangan.
6. Tukar Posisi
Maksudnya disini bukanlah anda asyik bertukar-tukar posisi dalam jangkamasa singkat, sebaliknya, tukarlah posisi jimak anda mengikut citarasa kedua-keduanya atau mengikut keperluan. Sebagai contoh, bagi si isteri yang mengandung, lebih sesuai suami tidak berada di atas isteri atau sekiranya si suami terlalu buncit atau boyot (maaf guna perkataan ini, mungkin agak menyinggung perasaan), si isteri bolehlah berada di posisi atas.

Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Moga bertemu lagi di lain post. Wassalam.

Dapatkan lebih tips-tips menarik dari kami di Facebook >>> tipsperkahwinan <<<

No comments:

Post a Comment