Tuesday, January 31, 2012

[Suami Isteri] Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

♥❤ SUAMI ISTERI ❤♥ BERBALOIKAH PERHUBUNGAN JARAK JAUH ??❤♥

Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri/suami bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami/isteri juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan ?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula ?

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara ?

Pandangan peribadi saya, isterilah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dan lain-lain yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka… Awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa ‘sweet’ dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasulullah SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan ‘geng’ mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..

“Dulu masa bercinta ok je ? Dulu masa duduk jauh ok je ? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan KESERASIAN dan KEFAHAMAN.

Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas…Mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha ALLAH.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

*❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •**❤♥✿ •♥❤*


Sertai kami di FB >>> TipsPerkahwinan <<<


Kredit: Rossita Zakaria

No comments:

Post a Comment