Friday, February 10, 2012

[Info] Mengapa Kita Mesti Senyum?

[Info] Mengapa Kita Mesti Senyum?



Assalamualaikum dan salam kebahagiaan. Dalam post kali ini Admin akan kongsikan tentang kepentingan senyuman. Dengan senyuman yang ikhlas, ia dapat melembutkan dan menjernihkan hati orang yang melihatnya!

Menurut Hadith Rasulullah SAW,

“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi)

Kita semua pernah tersenyumkan.. Saat kita melemparkan senyum kepada saudara kita, dia pun membalas dengan senyuman. Dan ketika saudara kita tersenyum kepada kita, kita juga membalas senyumnya. Terasa damai hidup ini jika hari-hari terlalui dengan senyuman.....

Dari segi kesihatan, telah terbukti secara ilmiah bahawa senyum boleh menurunkan tekanan darah, meningkatkan immunisasi tubuh, dan dapat menghilangkan stres. Tidak hairanlah, jika Nabi SAW adalah orang yang sangat sihat, kerana beliau adalah yang murah senyuman dalam interaksinya bersama keluarga dan para sahabat.

Senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)

No comments:

Post a Comment