Tuesday, January 3, 2012

[Tips Perhubungan] Bagaimana Kenali Penipuan?

[TIPS PERHUBUNGAN]
TIPS MENGENALI PENIPUAN

Assalamualaikum wbt dan salam kebahagiaan. Terima kasih kerana masih setia membaca artikel-artikel kami. Hari ini Hamka akan kongsikan tips bagaimana kita dapat mengetahui penipuan. Adakah anda mahu Hamka ceritakan? Ayuh, teruskan membaca!
Sentuhan pada wajah
       Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka sebagai contoh perbuatan menggaru hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka.
Tapak tangan
       Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka sebagai contoh, meletakkan tangan di belakang badan atau di dalam poket.
Pergerakan mata
       Mata bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda (tidak fokus)
       Merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya
Pergerakan
       Ekspresi diri biasanya kaku.
       Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit.
       Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
Topik percakapan
       Menukar topik percakapan dengan harapan penipuannya dipercayai.
       Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
Mengelak dari memberikan jawapan langsung
       Kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung.
       Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
Anak mata
       Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon
Ekspresi diri
       Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut atau bahagian-bahagian tertentu sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
Penggunaan objek
       Bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri.
       Meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi.
       Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
Nada suara
       Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
Sindiran
       Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
Tidak masuk akal
       Percakapan selalu tidak masuk akal dan menjadi tunggang langgang.
       Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
Cara berdiri atau duduk
       Berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu.
       Mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda.
       Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
Terlalu banyak butiran
       Menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
Bersifat defensif
       Defensif pada saat pertama dituduh kerana kebiasaannya orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
Sekian artikel Hamka buat kali ini. Moga bertemu lagi!

No comments:

Post a Comment