Friday, February 10, 2012

[Kasih Ibu] KALAU ANDA SAYANGKAN IBU ANDA, BACALAH!

KALAU ANDA SAYANGKAN IBU ANDA, BACALAH!




Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan orang kata, memang betul pun)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .

Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Tapi...
Bila aku sudah ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut ulangtahun perkahwinan , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !


Renungkan ini pula:

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada!!!

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Baca Ini Pula!

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
                              Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
                   Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis

"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Jika kamu menyayangi ibumu , sharekanlah artikel ini kepada sahabat sahabat anda ataupun ahli keluarga anda. Saya sayang IBU saya !!

Luangkanlah sedikit masa untuk ibu dan bapa anda! Mereka hanya inginkan curahan kasih sayang mereka terbalas dan berbaktilah kepada kedua-dua mereka selagi mereka masih bernyawa! :')


Jangan Bersedih (La Tahzan)

Jangan Bersedih : La Tahzan




:: jgn bersedih, jika tiada seorang pun yg membantu anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menyakiti anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menghina anda..
:: jgn bersedih, jika anda di timpa masalah & musibah..
:: jgn bersedih, jika anda rasa kesunyian..
:: jgn bersedih, jika orang yg anda sayang telah tinggalkan anda..
:: jgn bersedih, jika sesuatu perkara membuat anda rasa gelisah..

~ Allah telah berfirman dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya... la tahzan, sentiasa ingatlah akan pencipta kita selalu... (^_^)Y



Kredit: Tuan Mazz Alwi

Oh! Indahnya Islam: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma

Oh! Indahnya Islam: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma: Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat ber...

‎[Islamik] 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

‎[Islamik] 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Jangan Buat Ini Pada Wanita!

Jangan Buat Ini Pada Wanita!



♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti...
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...

♥ Pesanan Ustaz Idrus Kepada Lelaki ♥

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda

[Info] Rancang Perkahwinan Anda: Elakkan Berlebihan Dalam Perbelanjaan Majlis Kahwin Anda!

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: Rancang Perkahwinan Anda: Assalamualaikum & Salam Sejahtera. (^_^)Y Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan Dalam Masa Terdekat Ini? Terlebih dahulu HAMKA ucapkan tah...

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: HAMKA

Berkenalan Dengan Admin:

TIPS MOTIVASI KEJAYAAN: HAMKA: HAMKA a.k.a Admin@HasrynAzzuar.Com: Juga dikenali sebagai Master Hasryn H asryn A zzuar M ohd K hairy A lHaj [HAMKA] Blogger, Motivator...