Tuesday, January 31, 2012

[Puisi] Wanita Ibarat Bunga

[Puisi] Wanita Ibarat Bunga


(¯`v´¯) Assalamu'alaikum wbt...
        `·.¸.·´.•.¸¸❤¸¸.•*♥✿ •**••.¸¸❤¸¸.•

 ✿ • Cantik indahnya pada pandangan mata,
✿ • HANYA SEMENTARA…
✿ • Yang kekal menjadi pujaan manusia,
✿ • Hanyalah wanita yang mulia akhlaqnya…
✿ • Kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
✿ • Tiada guna berwajah cantik
✿ • Tetapi akhlaq buruk..
✿ • Tiada guna juga berwajah cantik
✿ • Tetapi hati kosong dari ilmu…

✿ • IBARAT BUNGA *♥✿ ••.¸¸✿

✿ • Ada yang cantik bila dipandang
✿ • Tetapi busuk baunya…
✿ • Ada pula yang kurang menarik dan
✿ • Baunya juga kurang menyenangkan…
✿ • Ada juga bunga yang tidak menarik
✿ • Pada pandangan mata kasar..
✿ • Tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
✿ • TERNYATA amat Tinggi Nilainya….

*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*♥✿ ••.¸¸✿*


by: Rossita Zakaria

Perbandingan Kesakitan Melahirkan Anak Dengan Rasa Sakit Lain

Perbandingan Kesakitan Melahirkan Anak Dengan Rasa Sakit Lain

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu? Wajarkah kita melupakan jasa ibu dan bapa kita? Ayuh sama-sama kita hargai mereka, selagi mereka masih hidup.

‎"....ballighu 'anni walau aayah...." *peace with imaan*

[Islamik] Wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib

[Islamik] Wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib



♥ Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua para pembaca! ♥
Semoga kita semua berada dalam lindungan Rahmat Allah SWT hendaknya. Mudah-mudahan hari ini lebih baik berbanding semalam dan esok lebih baik berbanding hari ini. Hari ini Admin hendak kongsikan wasiat Saidina Ali bin Abi Thalib, Khulafa' Ar-Rasyidin yang keempat yang tersohor! Berikut adalah nasihat beliau:

ツ KEKAYAAN yang sebenar ialah AKAL,
ツ KEPAPAAN yang sebenar ialah ROSAK AKAL,
ツ SEPI yang sebenarnya ialah KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI,
ツ KEMULIAAN yang sebenar ialah AKHLAK YANG BAIK.

~ Saidina Ali bin Abi Thalib ~

[Doa] Doa Ketika Hendak Minum / Makan Ubat:


Doa Ketika Hendak Minum / Makan Ubat:
Doanya begini:
 
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahillazi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim

Ertinya:

Dengan nama Allah yang menyembuhkan
Dengan nama Allah yang menyanggupkan
Dengan nama Allah yang menyelamatkan
Dengan nama Allah yang menyempurnakan
Dengan nama Allah yang mempunyai langit dan bumi
Dengan nama Allah yang tidak mendatangkan kemudharatan serta namaNya oleh sesuatu sama ada dibumi dan dilangit
Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Semoga yang sakit segera diberi kesembuhan atas nama Allah dan Kehendak Allah

Bismillahillazi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim juga dikenali sebagai ayat penggerak untuk melindungi diri dari santau dan sihir..InsyaAllah dgn Izin Allah..

[Muhasabah] ♡❤* MEREKA YANG SERING KITA LUPAKAN *❤♡

(¯`v´¯):♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
`•.¸.•` Assalamu'alaikum wbt


* MEREKA YANG SERING KITA LUPAKAN *❤♡
Dalam kesibukan kita mengejar dunia yang semakin pantas bergerak..
ada sesuatu yang kita tertinggal dan sengaja ditinggalkan...
Ketika kita berbangga dengan kejayaan demi kejayaan... berada di kemuncak kerjaya... memiliki anak-anak yang comel... isteri yang cantik dan rumah yang besar serta wang berjuta-juta di bank... ada dua orang insan yang sering kita lupakan... kita terlupa ataupun sengaja kita melupakan...
Mereka adalah ibu dan ayah kita...❤♡
Sudahkah kita mencium dan mengucup dahi kedua-duanya hari ini... sebagai tanda bersyukur kerana mereka menjadi penyambung untuk kita berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini ?
Mak.. Ayah.. MAAFKAN DIRIKU jika aku tidak menjadi seperti mana yang kau harapkan... Jika aku gagal menjadi anak terbaik buat dirimu... Namun ketahuilah bahawa engkau adalah insan paling berharga dalam hidupku... Terima kasih kerana engkau begitu baik terhadap ku selama ini... Jasa kedua mu tak akan dapat ku balas hingga ke hujung nafasku...
YA ALLAH... Kau ampunkan dosa kedua ibu dan ayahku dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil...
Aamiin ya rabba alamin ...
Tidak ada ibu dan ayah yang sempurna... namun mereka mencuba untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknya... dan mereka tidak pernah merungut ketika Allah amanahkan kita kepada mereka ...
SAYANGILAH IBU DAN AYAH KITA

by: Rossita Zakaria

Monday, January 30, 2012

[Info] Pergerakan Bayi Anda Sepanjang Proses Kehamilan

[Info] Pergerakan Bayi Anda Sepanjang Proses Kehamilan



Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara
minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18. 

Apakah yang bayi buat di dalam itu? 

 

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan. 



Dari minggu ke-20 hingga ke-24 

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing. 

Dari minggu ke-24 hingga ke-28 

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan. 

Pada minggu ke-29 

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 

Pada minggu ke-32 

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat. 

Dalam lingkungan minggu ke-36 

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai 
bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin. 

Dari minggu ke-36 hingga ke-40 

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan 

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

Semoga bermanfaat!

[Info] Soal Jawab Tentang Pendarahan Vagina Ketika Kehamilan

[Info] Soal Jawab Tentang Pendarahan Vagina Ketika Kehamilan



Adakah pendarahan ringan (spotting) semasa kehamilan itu normal? 

Spotting ialah pendarahan ringan dari vagina yang seakan-akan haid, tetapi lebih sedikit. Ia berbeza dari segi warna iaitu dari merah ke kecoklatan.

Walaupun ia tidak begitu normal, pendarahan ringan semasa 
kehamilan – terutamanya semasa tiga bulan pertama – adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka.

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau “hanya salah satu perkara biasa”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius yang boleh membahayakan anda dan menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Inilah sebabnya adalah amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya mengalami pendarahan? 

 

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi anda adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).

Pemeriksaan menggunakan ultrabunyi "transvagina" selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya adalah baik atau tidak. Dalam ultrabunyi transvagina, satu jarum ultrabunyi akan dimasukkan ke dalam vagina anda; ujian ini akan memberikan gambaran jelas tentang posisi bayi anda dan sama ada embrio sedang membesar dengan normal atau tidak.

Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin tanda kehamilan di luar rahim - iaitu 
kehamilan ektopik - yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. 

Apakah punca pendarahan semasa awal kehamilan? 

 

Terdapat banyak punca bagi pendarahan pada awal kehamilan, yang mana sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal, yang selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah:

• Pendarahan “penebusan” (breakthrough) – hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid anda sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa 
kitaran haidmereka.

• Pendarahan "pelekatan" - telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan, yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Satu lagi punca pendarahan yang jarang ialah 
kehamilan molar. Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan anda, kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera.

Pendarahan mungkin disebabkan tanda terdapatnya keadaan yang memerlukan rawatan dan ini adalah tanda yang anda perlu mengawal secara rapi sepanjang kehamilan anda. Pendarahan boleh disebabkan oleh:

• Rengsa atau radang 
serviks - hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh.

• Jangkitan serviks atau vagina.

• Polip serviks – satu tumbuhan kecil dan tidak berbahaya yang terbentuk dalam serviks.

• Fibroid – terutamanya fibroid besar yang tumbuh pada dinding rahim atau fibroid yang terletak di mana plasenta terlekat.

• Penyakit pendarahan keturunan – seperti penyakit Von Willibrande.

• 
"Kembar yang menghilang" - apabila satu atau lebih embrio dalam kehamilan berganda habis nyawa dan meninggalkan satu embrio lagi. Ini boleh berlaku dalam kehamilan normal tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam penghamilan yang dibantuyang mana lebih daripada satu embrio dilekatkan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh trauma seperti jatuh, kemalangan jalan raya atau sebagai hasil dari keganasan rumahtangga

Apakah makna pendarahan semasa awal kehamilan? 

 

Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.

Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka. 

Apakah punca pendarahan di akhir kehamilan? 

 

Pendarahan pada trimester ketiga mungkin tanda keadaan yang dinamakanplasenta previa, plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) atauperlahiran pramatang.

Jika anda dapati pendarahan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin ia tanda serviks mula lembut dan mengembang. Anda mungkin sedar adanya lelehan mukus bercampur darah – menunjukkan bahawa sebahagian penyumbat mukus yang menutup serviks anda semasa kehamilan sudah tanggal. Kejadian ini dinamakan "petanda" (show) dan merupakan salah satu 
petunjuk yang proses perlahiran akan bermula

Adakah bayi saya berisiko? 

 

Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan keguguranatau tidak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk:

• pendarahan yang semakin banyak;

• umur anda – jika anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran adalah tinggi;

• sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif – kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran;

• mempunyai sejarah keguguran.

Pendarahan ringan pada awal kehamilan dikaitkan dengan sedikit peningkatan risiko bagi sesetengah komplikasi kehamilan seperti 
praeklampsia dan kelahiran pramatang - apabila bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) pada akhir kehamilan juga dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan banyak pada awal kehamilan juga berkait rapat dengan masalah plasenta seperti 
plasenta praevia, plasenta abruptio, dan mempunyai bayi bersaiz kecil berbanding tarikh-tarikh berkaitan.

Walaupun semua ini seperti amat menakutkan, pendarahan ringan lazimnya hanya merupakan satu misteri yang tidak berbahaya. 

Sekian dahulu untuk post kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca sekalian. Moga bertemu lagi di lain post! Wassalam!


Dapatkan lebih tips kebahagiaan di Fanpage >>> TipsPerkahwinan <<<